10 Aplikasi Story IG & Foto Vintage Yang Trending

10 Aplikasi Story IG & Foto Vintage Yang Trending

Out & About

Tiba masa untuk download dan penuhkan galeri telefon!

Ramai yang semakin obses mengedit gambar untuk dimuat naik di laman sosial. Demi gambar yang cantik dan semestinya Likers! Bukan sahaja feed instagram malahan story. Trend preset pula bersilih ganti. Dan kini trend gambar vintaj pula menjadi kegilaan ramai. That grainy dust preset, ofcourse. Ia memerlukan preset atau filter vintaj dengan efek dust dan grain untuk menjadikan gambar kamu kelihatan seperti di zaman 1950-an.

dust-grain-effect-preset

Foto — instagram @elfiraloy

dust-grain-effect-preset-1

Foto — instagram @kianavee

Selebriti Elfira Loy dan Kiana Valenciano juga menggunakan teknik yang sama untuk foto mereka. Cuma Kiana menggunakan efek dust berwarna hitam berlainan dengan Elfira yang memilih efek dust putih. 

Ohfesyen senaraikan 10 Aplikasi Yang Kamu Boleh Guna Untuk Story Instagram Yang Unik & Foto Vintage yang trending.

1/10   1967 

Aplikasi 1967 ini membolehkan kamu memilih filter. Tak semua filter adalah percuma, hanya beberapa yang boleh digunakan dengan percuma. Efek dust juga boleh ditambah untuk membuat gambar kamu seperti di zaman lalu.

vintage-grainy-dust-effect-photo-instagram-1

 

2/10   RNI Films

RNI Films pula mempunyai lebih banyak pilihan filter seperti Agfacolour 50’s, Fuji instax dan banyak lagi. Intensiti grain dan tahap kebolehlihatan dust juga boleh dikawal. Aplikasi ini hanya boleh di muat turun di App Store sahaja.

vintage-grainy-dust-effect-photo-instagram-2

3/10   Lightroom 

Adobe Lightroom pula mempunyai lebih banyak fungsi berbanding aplikasi yang lain kecuali efek dust. Gambar vintaj boleh diedit dengan cara memilih preset atau filter seakan zaman 1950-an dan tambah efek grain. Kurangkan cahaya untuk gambar yang lebih vintaj. Tip: cari group telegram yang beri banyak preset secara percuma. Aplikasi Lightroom boleh dimuat turun di App Store dan juga Play Store. Yay!

vintage-grainy-dust-effect-photo-instagram-3

 

4/10   VSCO 

Lebih kurang Lightroom, VSCO hanya ada efek grain. Tahap kejelasan VSCO lebih baik berbanding aplikasi yang lain lebih-lebih lagi untuk gambar makanan. Aplikasi ini juga akan mencadangkan preset terbaik untuk gambar kamu. Jadi kamu tak perlu pening dan keliru! Pengguna iPhone dan Android boleh memuat turun aplikasi VSCO yang gempak ini sekarang.

vintage-grainy-dust-effect-photo-instagram-4

5/10   HUJI  

HUJI sesuai untuk mereka yang tak tahu atau malas mengedit gambar. Snap saja gambar tanpa perlu diedit and you may upload it on instagram! Fret not, boleh dimuat turun di kedua-dua App Store dan Play Store.

6/10   Lomograph 

Selain HUJI, aplikasi ini juga paling mudah digunakan. Kamu hanya perlu memuat naik foto, pilih preset atau filter dan tap pada foto itu sendiri untuk memilih posisi cahaya, efek calar, dust dan sebagainya!

7/10   Storyart 

Aplikasi paling trending masa kini! Storyart ini adalah aplikasi untuk membuat template story instagram terutamanya, dengan lebih menarik. Pelbagai koleksi template yang boleh dipilih untuk membuat story kamu kelihatan lebih kreatif! Jadi tak perlu muat naik banyak foto di IG story! Just use this amazing app! Ada template yang perlu dibayar, ada juga yang percuma. Don’t worry, it’s not that expensive. Download di App Store dan juga Play Store!

8/10   Retro Cam 

Semuanya vintaj! Sama ada kamu snap terus atau pilih foto dari galeri untuk diedit. Kemudian tambah saja efek dust dan mungkin sedikit efek cahaya? Jangan lupa pilih preset!

vintage-grainy-dust-effect-photo-instagram-8

9/10   KUNI Cam

Konsep yang lebih kurang sama seperti Retro Cam. Ada fungsi yang perlu dibayar, ada juga yang boleh digunakan secara percuma. Now go download it on App Store and Play Store!

vintage-grainy-dust-effect-photo-instagram-9

10/10   Nebi-Film 

Aplikasi ini boleh mengubah posisi efek dust, pencahayaan dan grain. Mudah bukan? 

 

Love, Wawa