10 Langkah Mudah Untuk Kulit Seperti Artis Korea!

10 Langkah Mudah Untuk Kulit Seperti Artis Korea!

Kecantikan

Bila lagi nak dapat kulit yang cantik macam Blackpink?

korean-skin-care-ohfesyen

Foto – Google

Mesti kamu semua mahukan kulit cantik mulus macam wanita korea bukan? Tetapi malangnya, kamu tidak tahu bagaimana dan apa rahsia kecantikan mereka. Dengan 10 langkah ini, kulit kamu akan menjadi lebih licin, cantik dan berseri! Tapi! Kamu mestilah melakukan rutin ini dengan sabar dan secara konsisten. Good thing takes time right? Yang penting untuk langkah-langkah ini berkesan, kamu perlulah mencari produk yang sesuai dengan kulit kamu dahulu.

Langkah 1 : Oil Cleanser

korean-skin-care-ohfesyen-1

Foto – Watsons

Pertama sekali, pastikan muka kamu bebas daripada mekap. Ambil oil cleanser dan sapukan pada keseluruh muka dan leher. Pastikan kamu menutup mulut dan mata. Kemudian urut wajah dengan perlahan, seterusnya sapukan sedikit air suam. Urut lagi dan bilas. Proses ini membuang mekap, habuk dan serpihan kotor yang berkeladak di wajah kamu sepanjang hari.

Langkah 2 : Water-based Cleanser

korean-skin-care-ohfesyen-2

Kalau kamu fikir kamu sudah selesai dengan cleanser selepas menggunakan oil cleanser, kamu silap. Ini kerana masih terdapat kekotoran dan untuk membuangnya adalah dengan menggunakan water-based cleanser.

Basahkan kulit kamu, sapukan water-based cleanser dan urut dengan perlahan secara bulatan. Kemudian bilas dengan air.

Langkah 3 : Exfoliate

korean-skin-care-ohfesyen-3

Exfoliate merupakan proses menyingkirkan sel kulit mati. Menyental sel kulit mati dapat membantu produk kecantikan memberi hasil dengan berkesan. Ia membersihkan pori dan membuatkan kulit semakin licin dan berseri.

Microbead dalam exfoliator membantu membuang sel kulit mati. Ia membuatkan kulit kamu kelihatan sempurna dan mekap menjadi flawless!

Basahkan kulit kamu dan menggunakan exfoliant. Sental dengan lembut pada kulit wajah dan basuh muka kamu. Kamu hanya perlu menggunakannya 2 kali seminggu kalau kulit kamu jenis sensitif dan 3 kali jika sebaliknya.

Langkah 4 : Toner

korean-skin-care-ohfesyen-4

Toner menyegarkan kulit dan membuatkan kulit senang untuk menyerap produk kecantikan yang seterusnya. Ia juga menstabilkan tahap pH kulit. Toner juga mengimbangkan tahap kelembapan kulit dan membuang kotoran degil selepas mencuci dengan pembersih wajah.

Gunakan toner pada muka kamu dengan menggunakan jari kamu ataupun dengan kapas. Urut muka kamu secara keluar, ke arah telinga kamu.

Langkah 5 : Essence

korean-skin-care-ohfesyen-5

Essence ialah sesuatu yang unik kepada budaya kecantikan Korea. Ia adalah toner yang merangkumi serum hybrid yang mempunyai air yang konsisten dan sifat membaiki kulit. Menghidrasi dan meremajakan kulit kamu!

Selepas menggunakan 2 cleanser, kamu memerlukan kelembapan extra untuk mengimbangi kelembapan kulit kamu. Sementara mencerahkan wajah, essence juga boleh menstabilkan tahap pH kulit kamu.

Dab essence pada wajah kamu ke arah luar selepas kamu meratakannya dan biarkan ia meresap.

Langkah 6 : Rawatan Kulit

korean-skin-care-ohfesyen-6

Kalau kamu mempunyai bintik hitam, kulit tidak sekata, pigmentasi atau masalah kulit yang lain, sebaiknya rawatlah kulit kamu itu dengan cara yang betul. Pilih di antara serum atau booster untuk membaiki kulit dan menghilangkan cela.

Rawatan ini menyasarkan pada kawasan bermasalah seperti jerawat, kedutan, pori besar dan kulit kusam. Produk jenama Tidact ini pula antara yang terbaik untuk merawat jerawat. 

Langkah 7 : Sheet Mask

korean-skin-care-ohfesyen-7

Satu lagi keistimewaan Korea, kamu mesti selalu nampak pelakon wanita dalam k-drama akan menggunakan sheet mask sebagai salah satu prop lakonan, tetapi ini menunjukkan bahawa sheet mask merupakan rutin mereka.

Sheet mask menyuburkan kulit sambil memberi kamu merasa meditatif dan tenang. Pilihlah sheet mask yang sesuai dengan jenis kulit dan apa yang kulit kamu perlukan.

Letakkan mask pada muka dan biarkan selama 15-20 minit. Jangan lebih dari 20 minit kerana ianya boleh membuatkan kulit kamu menjadi yang sebaliknya. Kamu boleh menggunakan mask sekali atau dua kali seminggu. Kalau nak guna setiap hari pun boleh!

Langkah 8 : Eye Cream

korean-skin-care-8

Penjagaan mata juga penting, sebab kulit di sekeliling mata kamu itu halus dan memerlukan perhatian dan penjagaan yang rapi. Eye cream dapat merawat lingkaran hitam dan melicinkan kulit. Ia juga melindungi dan menghidrat kawasan bawah mata.

Dengan menggunakan jari kamu, sapukan eye cream dengan lembut. Gunakannya setiap hari, pagi dan malam.

Langkah 9 : Moisturizer

korean-skin-care-ohfesyen-9

Pelembap kulit ini akan membuatkan kulit kamu menjadi lembut. Pastikan kamu memilih pelembap yang sesuai dengan jenis kulit kamu.

Pakai setiap hari, pada waktu pagi dan malam untuk mengekalkan kelembapan kulit wajah.

Langkah 10 : Sunscreen

korean-skin-care-ohfesyen-10

Sunscreen merupakan skincare rutin yang paling penting, lagi-lagi kalau kamu keluar pada siang hari. Ia menghalang penuaan pra-matang dan kanser kulit. Sunscreen melindungi kulit kamu daripada sinaran UV, pigmentasi dan bintik hitam.

Guna sunscreen pada setiap pagi sebelum keluar memulakan harimu. Dan pastikan sunscreen adalah produk terakhir yang kamu pakai supaya ia tidak larut dengan produk lain.

Sumber – StyleCraze