10 Perkara Yang Dilakukan Oleh Gadis Cantik

10 Perkara Yang Dilakukan Oleh Gadis Cantik

Kecantikan

Pernah terfikir apa yang gadis cantik sering lakukan?

 

perkara-gadis-cantik-lakukan-ohfesyen

Foto – Caveman Circus

Kamu mesti tahu orang yang cantik secara semula jadi bukanlah cantik sentiasa. Mereka bekerja keras untuk memiliki kulit yang cantik dan licin. Sama juga dengan mereka yang kurang bertuah, mereka akan berusaha dengan lebih lagi untuk menjadi seorang gadis yang cantik di mata orang dan juga di mata mereka sendiri.

Jadi, apa yang mereka lakukan? Jom baca 10 perkara ini.

1/10 Mencuci Muka Sebelum Tidur

perkara-gadis-cantik-lakukan-ohfesyen-1

Foto – latina.com

Mencuci muka itu penting kerana dapat memberi ruang kepada pori-pori untuk bernafas, kulit juga terhindar daripada jerawat dan semestinya kamu akan kelihatan segar setelah bangun dari tidur.

2/10 Kekal Hidrasi Dari Pagi Sampai Malam

perkara-gadis-cantik-lakukan-ohfesyen-2

Foto – fee.org

Semestinya air itu suatu elemen yang penting untuk kulit yang sihat. Air dapat memelihara kelembapan kulit. Dehidrasi akan menyebabkan kulit terasa tegang dan menyebabkan kulit menjadi kurang fleksibel dan juga terdedah dengan kedutan.

3/10 Ambil Tahu Bahan Penjagaan Kulit Mana Yang Perlu Dielakkan

perkara-gadis-cantik-lakukan-ohfesyen-3

Foto – beautybyearth.com

Ini sudah semestinya penting kerana kalau bahan itu membuat kulit kamu jadi alahan, maka rosaklah kulit kamu. Antara bahan yang perlu dihindari adalah merkuri, tretinoin, hydroquinone dan alkohol seperti metanol.

4/10 Tidak Pernah Meninggalkan Rutin Penjagaan Kulit

perkara-gadis-cantik-lakukan-ohfesyen-4

Foto – womensweekly.com

Kalau kamu tertinggal satu rutin yang kamu biasa buat, pasti kamu akan rasa macam ada satu benda yang tidak kena. Begitu jugalah dengan rutin penjagaan kulit. Tertinggal sekali, ia akan mengganggu rutin sistem kulit kamu.

5/10 Menggunakan serum antioksidan

perkara-gadis-cantik-lakukan-ohfesyen-5

Foto – myawesomebeauty.com

Ini kerana semua keperluan untuk mengekalkan kecantikan terdapat dalam botol kecil ini. Vitamin, antioksida yang mampu menembus masuk ke dasar kulit lebih jauh, pantas dan mudah.

6/10 Menukar Sarung Bantal Setiap 3 Hari

perkara-gadis-cantik-lakukan-ohfesyen-6

Foto – okezone.com

Terkejut?? Ya, kamu perlu menukar sarung bantal setiap 3 hari. Kenapa?? Hal ini kerana kepala dan muka kamu merupakan bahagian yang paling kotor. Kepala kamu mempunyai banyak kulit mati, apabila kamu baring atas bantal, kotoran itu melekat dan seterusnya melekat ke muka kamu. Maka terjadilah blackheads.

7/10 Menjauhi Makanan Ringan

perkara-gadis-cantik-lakukan-ohfesyen-7

Foto – romadecade.org

Siapa yang tidak tahu bahawa makanan ringan ini adalah sangat tidak sihat. Kandungan MSG yang ada dalam makanan ringan ini akan menyebabkan kandungan gula dalam badan meningkat lalu menghasilkan insulin yang banyak. Insulin akan mengaktifkan kelenjar minyak yang menghasilkan hormon androgen yang akan mengakibatkan penumbuhan jerawat.

8/10 Menggunakan Sheet Mask Seminggu Sekali

perkara-gadis-cantik-lakukan-ohfesyen-8

Foto – purlisse.com

Sheet mask menyuburkan kulit sambil memberi kamu merasa meditatif dan tenang. Pilihlah sheet mask yang sesuai dengan jenis kulit dan apa yang kulit kamu perlukan.

9/10 Menggunakan Exfoliant 1-2 Hari Seminggu

perkara-gadis-cantik-lakukan-ohfesyen-9

Foto – lorealparisusa.com

Menyental sel kulit mati dapat membantu produk kecantikan memberi hasil dengan berkesan. Ia membersihkan pori dan membuatkan kulit semakin licin dan berseri.

Microbead dalam exfoliator membantu membuang sel kulit mati. Ia membuatkan kulit kamu menjadi lebih sempuna.

10/10 Bersenam

perkara-gadis-cantik-lakukan-ohfesyen-10

Foto – nbcnews.com

Siapa suka bersenam? Sebab bersenam sedikit sebanyak membantu dalam proses mencantikkan dan menyihatkan kulit. Bersenam dapat mengdetoks pori-pori, membaiki tekstur kulit, melambatkan penuaan dan melawan sembap.

Love, Auni Nabihah