10 Sheet Mask Terbaik Yang Akan Mengubah Hidup Kamu!

10 Sheet Mask Terbaik Yang Akan Mengubah Hidup Kamu!

Kecantikan

Minggu lalu Ohfesyen ada kongsikan serba sedikit info mengenai sheet mask. Bagi yang belum membaca artikel tersebut boleh baca di sini. Mungkin selepas membaca artikel tersebut kamu terus ingin membeli sheet mask dan ingin memulakan rutin memakai sheet mask namun masih tidak tahu sheet mask mana yang sesuai atau terbaik.

 

Jangan risau, Ohfesyen akan bantu kamu menyenaraikan antara sheet mask yang terbaik yang boleh kamu cuba dan boleh mengubah hidup kamu (eh!). Memandangkan aidilfitri pun bakal menjelang, bolehlah jika kamu teruskan dengan misi #sheetmaskraya iaitu memakai sheet mask setiap malam sehingga malam raya supaya muka kamu nanti glowing di pagi raya!

CNP Laboratory Propolis Energy Ampule Mask

Mask 2-dalam-1 dengan kesan pencerahan, anti-kedutan dan kelembapan yang terbaik untuk kulit kekal muda dan tahan lasak. 2-langkah Propolis Energy Ampule Mask ini mengandungi ekstrak Propolis pekat yang terkenal dengan kualiti antioksidanya untuk meningkatkan vitaliti kulit. Ampule juga mengandungi Asid Hyaluronik untuk melembapkan jauh ke dalam kulit ketika memakai mask.

CNP Laboratory Propolis Energy Ampule Mask boleh didapati di Hermo dan The Face Shop.

Dr. Jart+ Rubber Mask

Rubber Mask 2-langkah yang memudahkan penyampaian bahan aktif ke dalam kulit dengan kesan penyejuk yang mengandungi ampule serum yang pekat dan mask getah. Mask ini hadir dalam 4 variasi yang berbeza iaitu Firming Lover, Clear Lover, Bright Lover dan Moist Lover.

Dr. Jart+ Rubber Mask boleh didapati di Hermo dan Sephora.

Dr. Morita Hyaluronic Acid Moist Essence Facial Mask

Asid hyaluronik adalah faktor pelembap yang super untuk membantu mengunci kelembapan sepanjang hari untuk kulit yang lebih tegang dan lembut. Buddleja Davidii organik berkesan mengurangkan kehilangan asid hyaluronik semulajadi yang dihasilkan kulit seterusnya menjadikan kulit lebih lembut dan lembap. Ia juga mengandungi sifat anti-keradangan, anti-bakteria dan anti-oksidan dan membantu menangkap radikal bebas yang bertanggungjawab terhadap penuaan dan kerosakan tisu kulit.

Dr. Morita Hyaluronic Acid Moist Essence Facial Mask boleh didapati di Watsons, Guardian dan Hermo.

Garnier Skin Natural Serum Mask

Diilhamkan oleh Asia, mask tisu membezakan tahap penghidratan serum setara seperti penjagaan harian selama seminggu. Lapisan mask tisu ultra-nipis di-infuse-kan dengan serum penghidratan super. Kulit akan lebih lembut, licin, anjal dan sihat dalam masa 15 minit. Ia bertindak seperti bungkusan penghidratan yang membekalkan semua keberkesanan serum secara berterusan yang sangat menghidratkan kulit. Kesegarannya yang mengagumkan membuatkan kulit berasa selesa dengan segera. Mask ini hadir dengan 3 variasi yang berlainan iaitu Hydra Bomb, Light Complete dan Sakura White.

Garnier Skin Natural Serum Mask boleh didapati di Watsons, Guardian dan Hermo.

Innisfree My Real Squeeze Mask

100% cellulose dan ‘skin-fitting sheet’ yang sempurna. Sheet mask nipis ini diperbuat daripada eucalyptus, dengan daya melekat pada kulit yang diperbaharui, membenarkan esen dapat disampaikan ke dalam kulit dengan efektif. Bahan-bahan aktif diekstrak dengan perlahan melalui proses ‘cold brew squeeze’ pada suhu rendah untuk memastikan semua nutrien disertakan sepenuhnya. Innisfree My Real Squeeze Mask hadir dengan 18 variasi yang boleh dipilih iaitu Cucumber, Bamboo, Aloe, Green Tea, Manuka Honey, Shea Butter, Pomegranate, Tea Tree, Lime, Rose, Acai Berry, Rice, Broccoli, Tomato, Fig, Ginseng, Oatmeal, Coconut,

Innisfree My Real Squeeze Mask boleh didapati di store Innisfree, Shopee Innisfree Official Shop dan Hermo.

Klairs Rich Moist Soothing Tencel Sheet Mask

Menguatkan ‘skin barrier’ bagi kawasan yang teriritasi. Mask yang menenangkan mengandungi 5 jenis ceramide yang merupakan unsur-unsur kulit. Ini membantu menguatkan ‘skin barrier’ yang lemah. Mask yang penuh dengan nutrisi pelembap ini dirumus dengan aloe vera, panthenol, asid hyaluronik dan pelbagai bahan pelembap dengan kepekatan tinggi untuk menambah tenaga dan kelembapan kepada kulit kering. Sesuai juga untuk kulit sensitif. Lembaran Healing Gauze yang diperbuat daripada 100% kapas dan tencel yang digandakan direka untuk mengurangkan iritasi kulit. Mask yang nipis dan fleksibel ini membolehkan ia terletak selesa mengikut bentuk muka dan membantu menyerap esen dengan baik.

Klairs Rich Moist Soothing Tencel Sheet Mask boleh didapati di store Klairs, Watsons, Natta Cosme, Hermo dan Althea Malaysia.

Mediheal N.M.F Aquaring Ampoule Mask

Direka khas untuk kulit kering, N.M.F (Natural Moisturizing Factor) yang unik mengandungi tiga kali asid hyaluronik, ceramida dan witch hazel. Esen pelembap dengan kepekatan tinggi ini mempunyai efek pelembap yang tahan lama dalam sel-sel kulit yang dalam. Ia menambah dan mengekalkan tenaga kelembapan yang tinggi untuk kulit kasar dan kering dengan lebih berkesan. Ia mengekalkan keseimbangan air pada kulit dan mengurangkan saiz pori yang besar.

Mediheal N.M.F Aquaring Ampoule Mask boleh didapati di Watsons, Sasa, Hermo dan Althea.

Naruko Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Mask

‘Activated carbon’ mask ini direka untuk menyerap minyak berlebihan dan mencegah jerawat. Ia meningkatkan kawalan rembesan sebum dan mengekalkan keseimbangan minyak-air untuk kulit yang lebih bersinar dan bebas cela. Ia membersihkan pori dan mengimbangi penghasilan sebum sambil memberikan penghidratan untuk mengurangkan cela dan parut.

Naruko Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Mask boleh didapati di Watsons, website Naruko dan Hermo.

Origins Flower Fusion Sheet Mask

Sheet mask ‘botanical-infused’ bagi yang mempunyai masalah kulit untuk kesan yang serta-merta. Dibuat dengan buluh semulajadi dan ekstrak bunga tulen, sheet mask emolen ini menegangkan kulit dengan cepat dan kuat. Pilih bunga yang kulit kamu inginkan untuk meningkatkan tahap kelembapan kulit dan menjadikan kulit bersinar, menghaluskan tekstur kulit dan menenagkan kulit. Antara variasi yang boleh dipilih ialah Rose, Violet, Lavender, Raspberry, Jasmine dan Orange.

Origins Flower Fusion Sheet Mask boleh didapati di store Origins dan Sephora.

Tony Moly I’m Real Facial Mask

Lembaran ‘3-layer pulp’ dipenuhi dengan bahan semulajadi dan direndam dalam pelbagai jenis esen (Water-type, Micro-Emulsion Type, Milky Lotion Type) untuk menghasilkan penghidratan maksimum untuk kulit. Ia juga mengubah kulit yang kusam dan keletihan menjadi sihat dan lembap dalam masa 20 minit. Tony Moly I’m Real Facial Mask hadir dalam 11 variasi yang berbeza iaitu Lemon, Pomegranate, Aloe, Tea Tree, Tomato, Red Wine, Seaweed, Broccoli, Avocado, Rice, Makgeoli (Korean Rice Wine).

Tony Moly I’m Real Facial Mask boleh didapati di store Tony Moly, Shopee Tony Moly Malaysia, Lazada Tony Moly Malaysia dan Hermo.