10 Tips Yang Berkesan Untuk Hilangkan Menstrual Cramp!

10 Tips Yang Berkesan Untuk Hilangkan Menstrual Cramp!

Out & About

This period cramp is killing me. Macam nak beranak!

Ada wanita dapat menahan kesakitan akibat senggugut, ada juga yang tak dapat melakukan sebarang aktiviti seharian suntuk setiap kali datang haid. Ya, sakit yang tak terkata. Tetapi jangan risau, perkara seperti ini adalah normal. Dan bersyukurlah wanita yang tak pernah mengalaminya.

Jom Ohfesyen kongsikan 10 Tips yang mungkin boleh kamu lakukan untuk mengurangkan rasa sakit setiap kali datang bulan!

 

 

1. Bertungku / Letakkan heating pad

Teknik ini sangat popular di kalangan wanita. Cukup dengan meletakkan botol berisi air panas atau pad panas. Kehangatan yang dirasai akan melegakan otot yang tegang dan melancarkan perjalanan darah. Kamu boleh beli heating pad di Lazada ataupun di farmasi terdekat.

 

2. Bersenam 

Jangan percaya dengan mitos bahawa wanita yang sedang haid tidak boleh bersenam. Banyakkan bergerak seperti  jogging boleh membantu badan untuk meredakan kesakitan dan cramp dalam perut.

 

3. Minum Air Suam

Air suam mempunyai banyak kelebihan dari segi kesihatan seperti dapat membuang toksin serta membantu melancarkan peredaran darah. Kurangkan minum minumam berais sepanjang kamu datang bulan. 

 

4. Urut / Sapu Minyak Aroma

Letak minyak aroma dan baring dengan posisi kaki sedikit lebih tinggi (kamu boleh meninggikannnya dengan bantal). Selepas itu, urut bahagian perut secara perlahan-lahan.  

 

5. Jaga Pemakanan 

Banyakkan makan buah-buahan, sayuran, dan makanan yang berserat tinggi. Selain itu, elakkan makan makanan yang berproses dan berminyak, gula dan garam berlebihan, minuman bergas, dan snek yang tidak berkhasiat.

 

6. Minuman Herba 

10-tip-yang-berkesan-untuk-hilangkan-menstrual-cramp-7

Banyak jenis herba yang selalu disyorkan oleh petua orang lama. Memang banyak yang berkesan. Antara yang paling popular ialah halia. Caranya, ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam untuk dijadikan teh.

 

7. Mandi Air Panas/Suam 

Mandi air suam lebih baik untuk mengurangkan sakit ketika haid. Ia membantu melegakan ketegangan otot, membantu rasa lebih rileks dan memperbaiki aliran darah.

 

8. Ambil Vitamin 

10-tip-yang-berkesan-untuk-hilangkan-menstrual-cramp-9

Terdapat vitamin tertentu yang dikenalpasti dapat membantu mengatasi masalah senggugut. Antaranya ialah Minyak ikan, Vitamin B6 dan Vitamin E.

 

9. Menstrual Heat Patch 

Ini adalah produk yang menjadi bualan ramai! Berkebolehan untuk menahan panas hampir 12 jam ketika anda datang haid. Ada pelbagai jenis dan anda boleh dapatkan ia di Watson atau Guardian. 

 

10. Pil Penahan Sakit 

 

Walaupun ramai yang cuba mengelak daripada mengambilnya, kesakitan ini boleh dikawal dengan mengambil ubat penahan sakit seperti Panadol, iaitu sejenis menstrual atau paracetamol. Menurut doktor, pengambilan ubat-ubatan begini tidaklah memudaratkan asalkan anda mengambilnya dengan dos yang betul. Tetapi ubat seperti ini tidak berfungsi untuk merawat, tetapi hanya untuk melegakan. Dan jangan terlalu bergantung dengan pil penahan sakit ini. 

Love, Nabila Hisham

Foto — Goggle