Gurindam dua belas dilantaikan gah sama selera artisan rekaan sendiri. Gagah dalam kelembutan menyambut hari kemenangan.

1. Alia Bastamam

Layangan fabrikasi lembut jadi signature pereka. Elemen oriental disuntik dalam bentuk ikat obi, cape pada bahu, bersulam indah di dada dan lapik kain beri rasa lunak dalam palet rona pastel.

intrend raya 1

intrend raya 2

3. Rizman Ruzaini

Glamor dan luxe sudah terbiasa sama jenama duo ini. Memilih monokromatik berlapik renda, reben dan ropol sebagai teraju utama dipinjamkan pada hujung kain dan lutut beri impak maksima.

intrend raya 3

intrend raya 4

3. Khairi Sufi

Pola pada dada juga lisu nipis diserikan ropol jadi aspek rekaan pereka untuk lebaran kali ini. Perincian manik sulam oriental dan layangan bulu lembut ala kepak merak berjemeki.

intrend raya 5

intrend raya 6

4. Mimpikita

Cantum cetak grafik sama cut-out dada insert sheer berbalas jemeki kilat pada dada. Rekaan jubah moden ini tidak hanya selesa, ia cukup mencuri tumpuan dan complementing.

intrend raya 7

5. Jovian Mandagie

Hitam kalis cahaya bernatar rona kulit is the look of the season. Kebaya klasik benang emas ditatahi jemeki dan kurung moden diberi focal point pada dada baju is just illuminating. 

intrend raya 8

6. Innai Red

Lisu kotak structured di atas broked tampak gemalai bila berteman renda. Susunan bungaan dan manik beri suntikan glamor. Lengan renda panel kembang adds drama!

intrend raya 9

intrend raya 10

7. Nurita Harith

Dijahit erat pada tubuh memeluk kemas setiap lekuk. Tiga helaian diberi lisu lipat dan jemeki sebagai penyeri dan leher punya keyhole menarik. Rekaan yang ringkas namun intricate.

intrend raya 11

intrend raya 12

8. Faizel Azraf

Lipat lapik serong pada dada berbalik pada bahagian kain kurung moden sajak sama wanita yang gemarkan rekaan lebih relaks dan less fussy. Hadir dalam palet rona lembut kundang.

intrend raya 13

9. Ridzuan Alias

Debut barisan baju lebaran artisan muda ini mencuri tumpuan. Tidak gentar dek cetak dan rona, ia damai pada pandangan sama pola ropol serong pada bahu. Selekta fabrikasi complimenting.

intrend raya 14

10. Syaiful Baharim

Bak hembusan segar, Syaiful Baharim tidak segan untuk push the fashion envelope.Kurung moden ikat leher sama lengan pelepah kasawari. 

intrend raya 15

intrend raya 16

11. Syomirizwa Gupta

Kurung moden Dilshad ini is the pièce de ré·sis·tance dalam barisan Eid Luxe 2017 pereka ini. Lisu kotak, kipas di atas printed fabric mencuri tumpuan. Jemeki beri imbuhan gaya mewah.

intrend raya 17

12. Rico Rinaldi

Summeraya Bespoke 2017 melihat permainan fabrikasi cetak, warna dan perincian. Ia juga pilihan kelas pertama sama rekaan intricate dan cantum panel.

intrend raya 18