14 Trik Untuk Buat Penampilan Kamu Kelihatan 10kg Lebih Langsing!

14 Trik Untuk Buat Penampilan Kamu Kelihatan 10kg Lebih Langsing!

Kecantikan, OOTD

 Berhenti bermimpi untuk kurus dalam masa seminggu hanya untuk first date bersama pasangan. Gigih berdiet sehingga skip makan pagi, tengahari dan malam demi ingin tampil cantik depan si dia. Trust me, it doesnt work! Diet melampau hanya akan buat you girls jatuh sakit. First date di hospital mungkin? Kamu hanya perlu bermain trik dalam penggayaan untuk memberi ilusi tubuh badan yang kurus!

 Jom Ohfesyen kongsikan beberapa tips & trik yang mampu membuatkan kamu kelihatan kurus dan langsing!

 

800 new

1. Pilih Baju Dalam Yang Betul 

Baju dalam atau bra memainkan peranan penting dan asas kepada keseluruhan penggayaan. Elakkan memakai baju dalam yang bercorak penuh seperti renda kerana ianya akan memberi efek kepada penggayaan baju. Apa kata pakai baju dalam atau bra yang fully coverage dan corak yang paling minimal (plain bra would be perfect).

 

 

800 3

2.  Cuba Bengkung / Shapewear

Tips ini sering diguna pakai oleh sesetengah wanita diluar sana terutamanya ketika majlis perkahwinan. Pemakaian bengkung sememangnya agak merimaskan, namun ironinya ia akan membuat tubuh badanmu kelihatan langsing! Pastikan kamu beli yang berkualiti.

 

 

800 - 500

3.  Jadikan Rona Gelap Teman Baikmu! 

Warna pastel sememamgnya menarik perhatian dan memikat hati. Demi kelihatan langsing, kumpul koleksi pakaian berona gelap sebanyak yang boleh!

 

 

shirt

4.  Pilih Potongan Baju Yang Betul

Baju paras punggung dan berpotongan lurus hanya akan membuat kamu kelihatan rendah. A little bit chubby, maybe? Pilih baju dibawah paras punggung dan berpotongan U seperti kemeja.

 

 

zahirah

5.  Berhati-hati Memilih Corak Dan Cetakan

Elakkan memakai pakaian bercorak besar. Semakin kecil corak pada pakaian, semakin kecil penampilanmu!

 

 

500

6.  Serlahkan Tulang Selangkamu!

Offshoulder top atau pakaian yang berpotongan V pada leher akan menyerlahkan lagi tulang selangka dan memberi efek kurus. Apa kata tambah sedikit highlighter?

 

 

mf bella

7.  Guna Satu Tona Warna Sahaja

Tona warna baju dan celana yang sama memberi ilusi tubuh badan yang kurus dan tinggi. Bijak bermain dengan potongan dan fabrik pakaian jika kamu ingin bergaya kontra.

 

 

500 2

8.  Rahsia Nombor 1 Berpakaian Langsing; Perkadaran

Kamu hanya akan kelihatan seperti buah nangka jika pakaianmu besar dan tidak mengikut saiz sebenar. Jadi, apa kata serlahkan sedikit bahagian yang kecil dan seimbangkan bahagian yang lain dengan saiz yang sedikit longgar. Contohnya, pakai celana potongan lebar dan baju saiz sebenar. Boleh juga padankan skinny jeans bersama kemeja labuh potongan U.

 

 

800 1

Instagram — @nishxnish

9. Padankan Kardigan Labuh!

Kardigan pendek paras punggung akan membuat kamu kelihatan sedikit berisi. Percayalah, kardigan labuh akan memberi efek penampilan yang kurus dan tinggi. 

 

 

800 2

10. Flare Pants, Why Not?

Kaki berisi sehingga paha berlaga dan tiada thigh gap? Benci! Usah risau, apa kata kamu cuba sarung celana berkaki lebar seperti flare pants & bell bottom.

 

 

500 3

11.  Pilih Kasut Yang Sepadan Warna Kulit Kaki

Trik ini hanya akan menjadi jika kamu memakai mini dress atau baju kurung mahupun kebaya. Ilusi kurus tidak akan menjadi jika kamu memakai celana yang berwarna.

 

 

500 4

12.  Elakkan Kasut Bertali

Ankle strap heels  makes you look sexy. Namun, mereka yang memiliki tubuh badan yang berisi akan menyerlahkan lagi benjolan di kaki. Jadi pilihlah kasut tinggi yang bertutup. Kurang gemar dengan kasut tinggi? Apa kata cuba sarung kasut bertumit rendah, sekurang-kurangnya 2 inci?

 

 

500 6

13. Berhati-hati Dengan Pleated Skirt!

Jika tersalah pilih material dan cara penggayaan, kamu akan merosakkan keseluruhan gayamu. Pilih material kain chiffon yang lembut berbanding kain jenis keras atau baldu. Cara penggayaan pula, apa kata kamu tuck-in baju?

 

 

 

500 5

 

 

14. Postur

Akhir sekali, semua tips tidak akan memberi kesan jika kamu tidak menjaga postur badan yang betul. Tidak kira ketika berdiri, duduk mahupun berjalan.

 

Foto — Pinterest