15 Rona Dalam Satu Kotak Lipstick M.A.C Untuk Dimenangi. Sertai Wanista Sekarang!

15 Rona Dalam Satu Kotak Lipstick M.A.C Untuk Dimenangi. Sertai Wanista Sekarang!

Makeup, Out & About

15 Rona Dalam Satu Kotak Lipstick M.A.C Untuk Dimenangi. Sertai Wanista Sekarang!Bukan sahaja warna, malah material jenis lipstik dan bentuk bibir juga menjadi pengaruh dalam trend kecantikan. Sejak berdekad lalu perubahan telah berlaku dalam dunia solekan, khususnya di negara Amerika Syarikat. Di mana ketika itu bagaimana warna bibir menjadi tanda status pada masyarakat.

Ikuti olahan dari peramal trend terbaik dunia, Li Edelkoort tentang trend lipstik bermula abad 20 sehingga tahun milenium dan masa depan…


Li Edelkoort. Foto – Milliyet20an – Larangan dan Pemberontakan

Foto – beautybanter.com
Para wanita menunjukkan protes melalui bentuk bibir yang tajam ‘cupid bow’ ianya juga sebagai tanda kebebasan, godaan dan bekerja keras. Pilihan warna lipstik ketika itu dari warna-warna gelap dan merah batu garnet dan hasil lipstik jenis matte.

30an – Tekanan Ekonomi

Foto – beautybanter.com

Bibir dibentuk tinggi dan diwarna dengan lipstik warna merah coklat dari jenis satin dan berkilat. Trend waktu ini dipengaruhi dari aura glamor seorang wanita berkuasa yang untuk menentukan jalan hidup mereka.

40an – Zaman Peperangan

Foto – beautybanter.com
Ketika perang meletus, peranan dan tanggungjawab wanita mula disedari. Tugas wanita juga mula nampak selayak dengan kaum lelaki. Lipstik dari warna terang seperti merah sebagai instrument kekuatan, tinggi moraliti sewaktu zaman pahit peperangan.

50an – Diakhir Masa Peperangan

Foto – beautybanter.com
Warna bibir dari merah pekat dan merah jambu mendedahkan jiwa seorang wanita yang menggoda dan feminin. Elemen kecantikan pada waktu fokus pada bentuk tubuh badan, manakala wajah sebagai pelengkap daya kesempurnaan.

60an – Kuasa Kebebasan

Foto – beautybanter.com
Anti-peperangan, jiwa kebebasan dan menolak konsep kecantikan. Dizaman hippie ini, bentuk bibir dilukis lebar dan diwarna dengan merah jambu lembut, putih mutiara dan dicalit nipis.

70an – Dunia Disko

Foto – beautybanter.com
Era dunia hiburan yang meletus tanpa sempadan. Wanita ketika ini tidak takut mendedahkan personaliti dan tanggapan mereka tentang politik. Pilihan warna lipstik dari glos berkilat merah hati sebagai maksud berkeyakinan tinggi.

80an – Pembebasan

Foto – beautybanter.com
Gaya liar punk menjadi pujaan waktu ini tidak kira lelaki mahupun wanita. Muzik punk membawa budaya baru sebagai pergerakan anti-kecantikan. Solekan warna mata dan bibir gelap dengan efek metalik menjadi trend popular.

90an- Individualisme

Foto – beautybanter.com
Pengenalan Internet, telefon bimbit ketika tahun 90an menjadikan trend fesyen berubah dengan pantas. Mainan warna coklat pada bibir dengan penggaris bibir menjadi ikutan. Warna semulajadi bibir diolah mengikut warna lipstik coklat samada gelap atau cerah.

2000 – Milenium


Foto – beautybanter.com
Warna-warna pastel lembut dan bentuk bibir semulajadi ekpress nilai kesetiaan pada sahabat dan keluarga. Pilihan warna beige, merah jampu dan aprikot mencerminkan keinginan wanita dalam kecantikan semulajadi dan keseimbangan hidup.

Sedekad Kehadapan

Menurut Li Edelkoort, trend untuk masa hadapan bakal diulangi mengikut sejarah lalu. Bentuk bibir nipis pada tahun 2020 menjadi trend semula dan warna lipstik merah sebagai pelengkap serta keseimbangan dalam dunia kecantikan wanita ketika itu.

Sejarah yang cukup menarik tapi lagi best kalau dapat menang gincu bibir istimewa dari jenama kosmetik hebat dunia, M.A.C Cosmetics.

Baiklah, Wanista nak beri sekotak gincu bibir dengan 15 rona ‘M.A.C Retro Matte Liquid Lipcolours’ kepada seorang pembaca paling bertuah. Adakah ianya menjadi milik anda?

Kalau nak menang, anda kenalah masuk peraduan ini.

1. ❤ Sila tanda like untuk IG posting ini.

2. 📷  Snap dan post video paling pendek atau boomerang anda (mengikut kreativiti anda sendiri).

Contoh seperti di bawah ini:


Foto – Arkib WanistaSyarat peraduan:

  1. Anda dikehendaki menggunakan produk M.A.C Retro Matte Liquid Lipcolours sahaja dan beritahu shade yang digunakan sekali.
  2. Pastikan akaun IG anda dalam set public.
  3. Menggunakan hashtag #MacRetroMatte, #MakeItMatteWanista, #MacCosmeticsMalaysia.
  4. Wanista akan PM pemenang bertuah yang terpilih.

Wanista akan umumkan pemenang pada 29 Julai 2017.

Semoga Berjaya!

Share dari https://www.wanista.com/2017/134357/15-rona-dalam-satu-kotak-lipstick-m-a-c-untuk-dimenangi-sertai-wanista-sekarang/