3 CARA DIRI KELIHATAN CANTIK PADA HARI PERNIKAHAN DENGAN TUDUNG MENARIK

3 CARA DIRI KELIHATAN CANTIK PADA HARI PERNIKAHAN DENGAN TUDUNG MENARIK

Out & About

Nur tahu perasaan bagaimana diri sangat berdebar, teruja dan 101 emosi saat bakal bergelar isteri kepada seorang lelaki.

Walaubagaimanapun pasti dalam diri, terselit rasa risau, bimbang dan keliru nak pilih reka bentuk, warna atau aksesori untuk baju pengantin dan tudung yang mahu digayakan pada hari istimewa.

Cool saja okay? Nur ada untuk membantu. Namun kali ini, Nur fokus kepada pemilihan tudung yang sopan dan ayu buat si gadis yang bakal bergelar raja sehari.

 

#1 – Material Yang Sesuai

Tudung yang dipilih bukan saja perlu menarik. Malah, pastinya kita mahu diri selesa sepanjang majlis walaupun bertudung. Bermula dari akad nikah, bertemu saudara-mara, majlin makan sebelah petang dan sebagainya.

Maka, antara material yang sesuai adalah sejuk, lembut, beralun, senang dibentuk dan tidak jarang.

Elakkan material cotton pada hari pernikahan. Jika dipakai, memang berpeluh dan basahlah jawabnya kerana cotton mudah menyerap air peluh dan sedikit panas. Jadi nak pilih material apa? Nur cadangkan pilih material seperti chiffon, glitter atau lycra.

 

#2 – Warna Yang Menarik

Waktu akad nikah, biasanya warna pilihan orang ramai adalah putih kan? Namun jika ada di antara kita yang mahu timbulkan sedikit kelainan, why not cuba warna-warna yang soft dan cair. Sebagai contoh warna creamy, lilac, baby pink, beige dan see blue.

Oh lupa pula Nur nak ingatkan. Warna pun bukan setakat suka hati main pilih je. Nanti diri jadi tidak menyerlah pula di hari perkahwinan.

 

Colour chaart

 

Baca sini untuk tambahan lanjut (tip pilih warna tudung yang sesuai untuk kulit).

 

#3 – Gaya Tudung Yang Menawan

Macam-macam gaya yang menarik ada di internet, majalah atau buku supaya diri tampil cantik di hari perkahwinan. Terpulang kepada diri untuk pilih yang mana.

Pandangan Nur : pilih gaya yang sederhana, ringkas dan selesa tidak kira pakai tudung bawal, shawl, halfmoon atau tudung sarung. Elakkan pakai veil yang sarat dengan laboci, lace atau manik.

Bayangkan walaupun gaya ringkas namun ia mampu menaikkan seri diri dan buatkan orang woah apabila memandang kita.

 

Share dari: http://www.tudungonline.com/blog/3-cara-diri-kelihatan-cantik-pada-hari-pernikahan-dengan-tudung-yang-menarik/