4 GADIS DI INSTAGRAM YANG MEMPUNYAI BAKAT & FASHIONISTA !
Hi! Tiba masa untuk kita kepoh-kepohchi. HAHA! Sis nak berbicara pasal gadis-gadis di Malaysia yang berbakat ni. Haa jangan tak tahu Malaysia hebat okay. Bermacam jenis bakat yang mereka ada. Korang tahu tak semakin ramai gadis dekat Malaysia yang pandai bergaya tau. Gaya penampilan yang cukup meyakinkan dan cantik dipandang sehingga menjadi bualan dan juga inspirasi gadis di Malaysia. Tapi tak ramai dalam kalangan mereka yang punya bakat yang tersendiri. Ha kiranya golongan-golongan ni istimewa gitu..
Jum kita tengok 5 senarai mereka yang cantik berbakat ni..
1) Nisha Ezzati
Youtuber VS Influencer

Sumber : nishxnish
Berusia 23 tahun, Nisha Ezzati seorang youtuber yang juga influencer dan mempunyai 31 ribu subscribers, dia dikenali sebagai samprit dan poksen girl oleh pengikutnya. Apa yang membuat diri Nisha lain dari youtuber lain ialah telatah yang sentiasa mencuit hati penonton juga kejujuran Nisha dalam membuat review produk. Nisha juga bijak membuat pengikutnya mendengar dan mempercayai setiap kali Nisha mempromosikan produk terutamanya produk solekan.
2) Yatt Mohd Noor
Heels X Rollerblade X BMX

Sumber : yattmohdnoor
Hidayati merupakan seorang fresh graduate dari Taylor University jurusan pereka dalaman mempunyai bakat yang pelbagai dan sangat aktif ketika zaman University. Yatt yang sangat meminati sukan BMX bijak membahagikan masa, sanggup bersusah payah demi keinginan dan minat dia yang mendalam terhadap sukan tersebut. Bukan sahaja BMX, malah Yatt juga pernah menceburi sukan rollerblade. Selepas tamat pengajiannya di Taylor, Yatt mengambil keputusan untuk membuat servis penghantaran belon dan membuat servis dekorasi majlis. Bisnes secara kecil-kecilan ini untuk menambah pendapatan sampingan. Tambahannya lagi, dia sememangnya obses terhadap belon. Bisnesnya kini banyak menerima tempahan ramai. “Do what you makes you happy. Make your passion a paycheck” kata Yatt si gadis genit ini. Oh! selain dari bidang yang disebut tadi, Yatt juga pernah menjadi model untuk beberapa butik terkenal seperti Nanano Vendors, SincerelyByUs & Qaysaahijabs. Sis kagum!

Instagram : yattmohdnoor | Instashop : yattbydesign
#senakperut
#senakkaki
3) Neb Radzif
Jurusolek Muka & Badan

Sumber : fx.cat
Neb Radzif merupakan jurusolek muda dalam bidang solekan muka & badan. Bukan solekan yang biasa-biasa mahupun cecantik untuk pergi majlis tu ye. Solekan trick contohnya, solekan seolah-olah orang dibunuh. Ha gitu..Bermula dari awal sehinggalah disedari ramai pihak dan menjadi viral. Neb Radzif kini sudah banyak membuat solekan pada artis-artis terkenal seperti Nabil, Akim Majistret & ramai lagi! Jum tengok hasil tangan gadis yang memukau ni. Pasti membuat korang terkezut!

Sumber : fx.cat
4) Khaysha Faizal
Gadis Terbang

Sumber : khayshafaizal
Usia tidak menghalang seseorang itu dari mengejar cita-cita & angan-angan seseorang. Begitu juga gadis cantik ini, Khaysha yang kini seorang pilot! Cantik dan bijak. Jangan terkezut tau, bukan lelaki je boleh bawa kapal terbang atau helikopter ye. Perempuan juga boleh *senyum sinis*. Khaysha yang pernah menjadi topik viral di twitter suatu ketika dahulu yang kecoh mengatakan dia seorang yang tak memilih bab makan. Lebih gemar makan nasi berlauk. Wow sis salute!

Sumber : khayshafaizal
Jom kita tengok Khaysha terbang! Mengundang cemburu sis tau.
Love, Wawa ♥