5 Gaya Rambut pilihan Ohfesyen dengan “Bangs” untuk anda cuba!

5 Gaya Rambut pilihan Ohfesyen dengan “Bangs” untuk anda cuba!

Kecantikan

Anda mahu merubah penampilan yang lebih freshy? Selain daripada menjaga rutin kecantikan dan bersenam, ada satu lagi cara dengan gunting rambut anda sekarang! “Bangs” ialah salah satu gaya rambut yang menarik. Oleh itu, mereka datang dalam pelbagai jenis betuk yang berbeza. Mustahil kalau tidak menemui sekurang-kurangnya satu gaya yang sesuai dengan bentuk wajah cantik anda. So, Ohfesyen akan senaraikan gaya rambut “bangs” untuk anda cuba!

 

#1 Choppy, Tousled Bangs

Bintang Game of Thrones, Maisie Williams menggayakan gaya rambut bangs yang tidak sekata dan bertekstur. Gaya rambut baru Maisie Williams mempunyai gaya rockers/kasar untuknya. Ia kelihatan menarik bagi anda yang menyukai gaya yang messy tetapi masih kelihatan teratur dan cantik!

 

#2 Side-Swept Bangs with a Bun

Gaya seterusnya dari Emilia Clarke di Critics’ Choice Awards dengan gaya rambut yang baru memukau kerana gaya “bangs” ini mempamerkan tulang pipi tinggi pelakon yang berwajah manis ini. Pada pendapat Ohfesyen, gaya rambut ini sesuai untuk anda yang mempunyai dahi luas atau tulang pipi yang tinggi, malah dengan mengayakan bangs ini anda lebih yakin dengan diri anda.

 

#3 Long, Piecey Bangs

Semua orang tahu bahawa Sofia Vergara mempunyai rambut yang lebat dan panjang ia kelihatan seperti beralun dan teratur. Potongan bangs itu akan membuat wajah sofia lebih cantik kerana sesuai dengan bentuk wajahnya. Gaya ini sangat sempurna untuk digayakan ke Majlis.

 

#4 Curly Bangs

Siapa kata gaya rambut kerinting dan tebal seperti ini buruk dan tak bergaya? Bintang “The Greatest Showman”, Zendaya membuktikan bahawa gaya rambut ini masih menarik dan cantik untuk digayakan! Tetapi terdapat kelemahan rambut seperti ini, anda kena menjaganya dengan rapi dan pastikan anda mengekalkan kelembapan gelungan rambut anda agar kelihatan Fresh dan cantik!

 

#5 Thick, Mid-Length Bangs

Gaya rambut bangs yang digayakan oleh Januari Jones ini kelihatan lebih kemas, walaupun gaya ini tidak meruncing di sisi tetapi menjadikannya lebih cantik kerana dihujungnya mempunyai lebihan yang panjang. Gaya “bangs” ini sesuai dengan semua bentuk wajah kalau anda memisahkan bahagian tengah bangs tersebut.

 

Foto — Goggle

                      Love, Nabila Hisham ♥