5 KONSEP “Pre-Wedding” PALING SEMPOI TANPA BAJET YANG BERLEBIHAN UNTUK BAKAL PENGANTIN 2019!

5 KONSEP “Pre-Wedding” PALING SEMPOI TANPA BAJET YANG BERLEBIHAN UNTUK BAKAL PENGANTIN 2019!

Wedding

Eh ada ke yang merancang nak berumah tangga dalam tahun baru ini? Kalau ada, ohfesyen nak kongsikan konsep-konsep yang menarik untuk “Pre-Wedding” dengan cara paling sempoi tanpa bajet yang berlebihan! Banyak tempat yang perlu bayar malah dijaga oleh pengawal keselamatan kerana larangan bergambar di kawasan berkenaan.

 

Ini 5 konsep menarik pre wedding yang kamu boleh jadikan pilihan!

#1 HOTEL

Konsep photoshoot “pre-wedding” di hotel jarang digunakan kerana ramai yang menyangka ia mengeluarkan kos yang tinggi tetapi terdapat banyak jugak hotel-hotel murah dan cantik  di Malaysia. Ohfesyen cadangkan kalau anda inginkan konsep seperti didalam gambar ini, anda boleh mencipta sesuatu gaya yang terputus (no touchy poses) tetapi masih nampak lovely dan sweet untuk anda dan pasangan. Konsep ni lagi Nampak lebih sample dan casual!

 

#2 ARKED

Alah bosan, balik-balik gambar “pre-wedding” mesti dalam hutan tepi pantai ni ada satu tempat yang ohfesyen rasa tak bosan dan menarik! Tempat yang satu ni sering menjadi pilihan orang barat untuk sesi “pre-wedding” iaitu di arked! Nak mendirikan rumah tangga kan? jadi apa kata lakukan aktiviti fun dan bergelak ketawa bersama bakal pasangan anda di mana-mana Arked.

 

#3 PERPUSTAKAAN

Perpustakaan adalah tempat yang kreatif untuk gambar “pre-wedding” sebab nampak kemas dan unik! Kalau korang nak tahu, di Pulau Pinang ada sebuah kedai buku BookXcess terbesar.

 

#4 FUNFAIR

Sesetengah orang tidak suka bergambar pada waktu siang, jadi ni pilihan bagi yang ingin mengelakkan cahaya matahari. Tetapi keadaan yang terlalu gelap pasti akan membuatkan foto anda hambar, jadi apa kata pergi ke tempat yang banyak cahaya lampu neon seperti di taman tema Funfair? Cahaya lampu di Funfair akan membuat gambar anda lebih menarik tambah lagi kalau dapat servis jurugambar yang tiptop mesti gambar “pre wedding” korang meletop!

 

#5 KEDAI MAKAN KEGEMARAN

Lebih menarik kalau kamu berkunjung semula restoran di mana anda dan pasangan pernah “dating” pada kali pertama dahulu. Biasanya, masa baru-baru kenal dahulu mesti ke café hipster dan makan di restoran makanan segera seperti mcd atau kfc kan?  jadi jangan lupa sertakan makanan dalam foto anda!

Foto — Goggle

   Love, Nabila Hisham ♥