5 “LIP GLOSS” DI BAWAH RM50 INI BUAT BIBIRMU SEKSI DAN BERSINAR!

5 “LIP GLOSS” DI BAWAH RM50 INI BUAT BIBIRMU SEKSI DAN BERSINAR!

Makeup

Lip Fillers? Say no more.

Image result for lip gloss gif

Bibir antara aset yang penting untuk membuatkan mekap kita lebih cantik dan bibir akan kelihatan seksi dan berkilau dengan hanya memilih lip gloss yang betul. Lip gloss membuatkan lagi bibir anda tampil plump, berisi dan tebal. Bukan itu sahaja, ia juga dapat melembabkan bibir meskipun kelembapannya tidak sekuat lip balm. Mungkin sukar untuk mencari Lip gloss yang berkualiti dan tidak terlalu melekit serta mempunyai kilauan yang sempurna.

Jom, ohfesyen  senaraikan lip gloss yang murah dan senang untuk dicari!

 

#1 ESSENCE SHINE SHINE SHINE LIPGLOSS (RM12.16)

The Essence Shine Shine Shine Lip Gloss memberikan bibir anda sinaran yang luar biasa. Hasil kemasan Lip gloss akan memberikan effect light-reflecting dan wet-look finish.

*Boleh dapatkan di farmasi berdekatan seperti Watsons.

 

#2 CATRICE VOLUMIZING LIP BOOSTER (RM19.71)

The Volumizing Lip Booster memberikan bibir anda kelihatan sihat dan seksi kerana ia dapat menyembunyikan garis halus di bibir anda. Lip gloss ini lebih cantik kalau di padankan dengan lipstick di bawahnya!

*Boleh dapatkan di farmasi berdekatan seperti Watsons atau Guardian.

 

#3 INNISFREE REAL FIT COLOR LIQUID (RM41.50)

Innisfree Real Fit Color Liquid Gloss membuatkan bibir anda kelihatan cantik dengan warna terang dan berkilau dengan glitter.

*Boleh dapatkan di Innisfree Store yang berdekatan.

 

#4 WARDAH WONDER SHINE GLOSS (RM 12.42)

Wardah wonder shine gloss sangat cantik untuk digayakan untuk “everyday look make-up”. Ia jugak sesuai untuk semua skintone!  Tunggu apa lagi? Jom la try!

*Boleh dapatkan di farmasi berdekatan seperti Watsons atau Guardian.

 

#5 REVLON SUPER LUSTROUS LIPGLOSS (RM42.00)

Revlon Lipgloss Super Lustrous Lip gloss membuatkan bibir anda lembab dengan penghidratan dengan bersinar berwarna-warni, nampak glamor! Terdapat 4 warna yang cantik, lip gloss pelembab ini membuatkan bibir anda bersinar halus dengan rasa tidak lekat.

 

Done!  Jadi tunggu apa lagi tu? Jom dapatkan “Lip gloss” yang cantik dan murah ini!

 

Love, Nabila Hisham ❤️