5 Model Made In Malaysia Yang Patut Anda Kenali

5 Model Made In Malaysia Yang Patut Anda Kenali

Out & About

Seringkali kita melihat foto-foto pentas peragaan dipenuhi oleh model-model ternama yang memberikan impresi dan aura yang gah seperti Jourdan Dunn, Soo-Joo Park, Chanel Iman, Liu Wen, Cong He, dan ramai lagi. Namun Malaysia juga mempunyai barisan model yang mampu menandingi model-model antarabangsa ini. Lihat 5 orang model yang sudah menempa nama dalam dunia peragaan tempatan.

 
  

Atikah Karim (175cm)

Gadis berasal daripada Negeri Di Bawah Bayu ini pernah mencuba nasibnya dalam pertandingan ratu cantik sebelum dia mengecapi kejayaan melalui “Ford Models Supermodel of the World Search Malaysia” pada tahun 2011. Dengan kulit sawo matangnya dan lirikan mata nan sensualnya memberikan Atikah some major brownie points tatkala dia beraksi di atas pentas peragaan mahupun di set penggambaran. Dia juga sudah berjalan di atas pentas peragaan antarabangsa sebanyak 21 kali.

  

Deanna Ibrahim (175cm)

Dengan pengalaman lebih daripada 10 tahun dalam industri peragaan ini, Deanna Ibrahim telah menjelajah ke serata dunia demi kerjayanya sebagai seorang peragawati dan setiaps satu pengalamannya dianggap sebagai pengajaran baru dalam hidupnya.

  

Tuti Noor (175cm)

Tuti merupakan model berbangsa Melayu pertama yang menyertai pertandingan “Asia’s Next Top Model Asia.” Model yang lazim dengan gaya edgynya  danstail rambutnya yang senantiasa pendek. Tuti juga dikenali sebagai seorang model yang fierce di atas pentas peragaan.

 

Rita Suraya (172cm)

Selain daripada kerjayanya sebagai seorang peragawati, Rita juga mempunyai minat dalam bidang fotografi malah dia juga merupakan seorang graduan jurusan fotografi. Dengan minatnya dalam dua bidang yang berkaitan ini, dia menggunakannya untuk membantu dirinya menaikkan namanya dalam industri ini. Hampir sedekad dalam bidang ini, Rita masih lagi mempunyai aura yang kuat pada dirinya sebagai seorang peragawati.

  

Rubini Sambanthan (173cm)

Gadis kacukan India-Nepal membuat kemunculannya dalam dunia peragaan baru-baru ini sahaja dan dia juga pernah menyertai ratu cantik dan memegang gelaran Miss Global International 2014. We can’t wait to see more of her!

Kongsi dari : GLAM