5 Rekaan Jeans Yang Lebih Trendy Dari Jeans Koyak-Koyak

5 Rekaan Jeans Yang Lebih Trendy Dari Jeans Koyak-Koyak

OOTD

5 Rekaan Jeans Yang Lebih Trendy Dari Jeans Koyak-Koyak

Oh yes memang sekarang kita lihat musim pakai jeans koyak-koyak kembali. Jika dahulu jeans hanya berlubang di lutut tapi kini habis terkoyak berlubang ke bahagian peha. Fesyen?

Mungkin pada anda yang bukanlah peminat fesyen jeans koyak tapi tidak mahu mengalah, jangan pening-pening. Sekarang dah boleh tinggal cara pakai jeans lama anda itu, jom kita beralih 5 rekaan jeans yang lebih menarik dan tidak keterlaluan untuk dipakai harian.

Fringe Jeans

Kembalikan mood zaman hippie dengan hujung kaki dipotong gaya fringe. Cantik jeans fringe dipadankan dengan kasut tumit tinggi. Jom tengok idea:

Foto – net-a-dresser – blogger
Foto – lemonblonde.com
Embroidered Jeans

Teringat zaman kanak-kanak dahulu, jeans yang ditampal patches dan sulaman menjadi pilihan. Gaya jeans amat sesuai mereka yang gemar tampil funky. Kemeja atau t-shirt polos sesuai dipadankan sekali. Idea untuk embroidered jeans:

Foto – Elements of Ellis
Foto – Cassidy Lou
Staggered Hem Jeans

Terbaru dari dunia jeans, rekaan kali ini potongan hadapan lebih pendek dari belakang. Belahan ini secara tidak langsung dapat memberi efek si kaki pemakai tampak tinggi.

Foto – Wishes & Reality
Foto – Le Catch
Patchwork Jeans

Anda yang suka gaya boyish atau street style, jeans tampalan ini tidak terkecuali untuk anda ingin tampil kasual. Kalau nak bawa gaya ini, anda kena betul-betul berani dan yakin.

Foto – Gurl.com
Foto – MODE DE VILLE
Ruffle Jeans

Comel sangat kan! Biasa di lengan ada ropol-ropol, kali ini kita cipta kelainan sikit dihujung kaki jeans pula.

Foto – Libby Story
Foto – maykool.com

Kan dah cakap ada banyak lagi gaya jeans dari jeans koyak-koyak!

Share dari https://www.wanista.com/2017/133390/5-rekaan-jeans-yang-lebih-trendy-dari-jeans-koyak-koyak/