5 Sebab Wanita Perlu Kurangkan Penggunaan Mekap!

5 Sebab Wanita Perlu Kurangkan Penggunaan Mekap!

Kecantikan, Makeup

SAY NO TO MAKE-UP! 

Image result for remove makeup gif

Rata-rata wanita zaman kini mengganggap mekap adalah perkara penting dalam rutin kecantikan. Rasa tak lengkap jika tak pakai mekap. Malahan, pemakaian mekap sebenarnya membuatkan wajah kelihatan berbeza dan cantik, ianya secara tidak langsung menjadikan seseorang itu lebih yakin tetapi seperti yang anda semua tahu penggunaan mekap setiap hari sebenarnya kurang baik untuk kesihatan kulit, walaupun anda perlu menggunakannya untuk menutup cela atau noda pada wajah.

 

Ini antara 5 sebab kukuh kenapa anda tidak patut memakai mekap setiap hari!

 

#1 Produk Kosmetik Mengandungi Bahan Kimia

Kesalahan yang seringkali wanita lakukan ketika membeli sesuatu produk kecantikan adalah tidak peduli akan bahan kimia yang terkandung di dalam produk tersebut.  Kesalahan ini dapat membahayakan kesihatan kulit dan juga menyebabkan efek sampingan yang negatif.

Bunyi pun menakutkan, betul tak? Kebanyakan barangan kosmetik yang dijual di pasaran sekarang mempunyai bahan-bahan kimia. Ia mudah diserap oleh kulit korang sekaligus boleh menyebabkan kanser kulit.

Walaupun korang membeli mekap yang mahal, namun, bahayanya tetap ada. Namun, Korang perlu lah baca dulu kandungan dalam sesuatu produk sebelum membeli. Barulah tahu apa yang elok dan tak elok untuk kulit.

 

#2 Kulit Perlu Bernafas

Bahan mekap juga boleh mengakibatkan liang pori anda tersumbat yang boleh menyebabkam terjadinya jerawat dan kulit muka berminyak. Oleh itu anda haruslah berikan masa untuk kulit anda bernafas tanpa mengenakan mekap.

 

#3 Kulit Menjadi Kering

Salah satu kesan produk mekap pada kulit muka adalah kulit menjadi kering dan merekah. Sesetengah kesan produk juga akan menjadikan muka korang kusam. Bila kering, mula lah kedutan akan jelas kelihatan pada kulit muka.

 

 

#4 Usia Muda Remaja Tetapi Kulit Nampak Tua

Tak dapat dinafikan lagi produk mekap akan mendorong kepada penuaan yang lebih cepat. Nak tahu kenapa? bahan kimia yang digunakan dalam mekap sebenarnya mengeringkan serta menyerap vitamin dan mineral penting yang sedia ada dalam kulit korang. End up kulit korang akan berkedut dan kering kerana kelembapan muka anda sudah hilang.

 

#5 Baik Merawat Daripada Menutupnya!

Yang teruknya, bila ada jerawat atau jeragat, rela tutup tebal dengan mekap. tetapi daripada berhabis duit dengan membeli mekap yang mahal semata-mata hanya untuk menutup cela pada wajah, apa kata jika anda merawat masalah kulit anda. Contohnya, beli produk skin care. kalau kulit cantik, anda tak perlu pakai mekap dah. Natural beauty kan lebih cantik dan sihat!!

 

Alat solek tak murah tau! baiklah anda beli produk yang merawat kulit dari dalam atau gunakan petua tradisional, lagi selamat tanpa bahan-bahan kimia. Semoga anda mampu memilih produk kulit wajah yang tepat daripada terus merosakannya dengan bahan kimia. paling penting biar cantik dari dalam daripada cantik diluar tapi dalam tidak sihat.

Love, Nabila Hisham ❤️