5 Selebriti Berhijab Kongsi Tips Bergelar Usahawan Berjaya

5 Selebriti Berhijab Kongsi Tips Bergelar Usahawan Berjaya

Artis, Out & About

Bukan senang nak hidup senang kerana semuanya perlukan usaha dan berani mengambil risiko. Bukan itu je, anda juga perlu bijak merancang untuk sampai ke menara gading.

Lima selebriti wanita ini membuktikan usia bukan kayu pengukur untuk menempa kejayaan sekaligus menguasai bidang perniagaan.

Tak perlu jadi kaya untuk ceburi bidang perniagaan, ada je yang dilahirkan dalam keluarga sederhana namun mampu mencipta kejayaan.

Baru-baru ini, 5 selebriti dan juga usahawan berjaya ini kongsikan tips bagaimana untuk berjaya dalam perniagaan.

NEELOFA

Neelofa menggunakan populariti serta 5.1 juta followers di Instagram untuk memasarkan produk seperti hijab, kanta lekap, minyak wangi, pakaian muslimah di media sosial. Pada tahun 2015, BBC News mendedahkan jualan Naelofar Hijab sebanyak RM50 juta dan jenama ini terjual di 38 negara.

VIVY YUSOF

Fashion Valet kini telah berkembang ke Singapura dan Indonesia dengan lebih 400 jenama berpayung di bawahnya. Selain Fashion Valet, Vivy cukup terkenal dengan tudung premium dUCk. Strategi pemasaran dan kelainan yang ditampilkannya cukup bijak sehingga koleksi terbaru dUCk dinanti dan koleksi lama dicari.

SITI NURHALIZA

SimplySiti, bermula daripada set kelengkapan solekan kini telah diperluaskan dengan haruman dan set penjagaan kulit. Penyanyi nombor satu negara ini juga memberanikan diri menceburi bidang fesyen sehinggalah terhasilnya Creacion by Siti Nurhaliza.

ROZITA CHE WAN

Che Ta bijak menggunakan platform Instagram untuk memasarkan produknya. Bermula dengan Padusi Couture yang menjual pelbagai jenis hijab dan jubah, Che Ta melangkah garang mengeluarkan set haruman dan penjagaan wanita di bawah nama ByRCW.

MILA JIRIN

Juara Akademi Fantasia 5 ini baru berusia 30 tahun tetapi telah berjaya menaikkan empayar perniagaannya termasuklah Bizmilla Catering yang menawarkan pakej lengkap perkahwinan dan katering, Bizmilla Wedding Hall, Bizmilla Trading yang memasarkan Baju Kurung Milla, dan Restoran Embun Urai, menyajikan makanan ala Thai yang beroperasi di Tasik Prima Puchong.

Kongsi dari : Hanasuva