5 Senaman Kardio Paling Berkesan Untuk Kurus

5 Senaman Kardio Paling Berkesan Untuk Kurus

Kecantikan

Get your body goal while having fun!

Senaman Kardio atau cardio workout adalah senaman yang menguji dan memperbaiki stamina apabila sesuatu diulang banyak kali dan akan membuatkan jantung kita berdegup lebih laju daripada biasa dan berpeluh dengan banyak berbanding biasa, ianya dipanggil senaman kardio. Antara kebaikan senaman ini, ia dapat meningkatkan metabolisma dan menangani masalah diabetes.

Jom dapatkan bentuk badan yang ideal dengan 5 senaman kardio yang mudah ini!

 

1. Berenang 

Berenang adalah salah satu senaman kardio yang memberi kesan pada keseluruhan badan. Berenang selama 30 minit mampu membakar kalori dalam badan kamu. Lakukan sekerap mungkin dan kamu akan lihat perbezaannya nanti! Dont know how to swim? Masa untuk kamu ambil kelas berenang! It is never too late…

 

2. Berbasikal 

5-Senaman-Kardio-Paling-Berkesan-Untuk-Kurus-3

Tahukah kamu dengan hanya berbasikal dapat mengurangkan berat badan kamu dengan mudah? Ambil masa 30 minit, kalau dapat buat 1 jam keatas secara berterusan, lagi bagus. Percayalah badan kamu akan rasa lebih ringan dan sihat.

 

3. Joging

5-Senaman-Kardio-Paling-Berkesan-Untuk-Kurus-3

Joging adalah senaman kardio yang paling mudah dilakukan. Kalau boleh, buat selama 1 jam sehari. Cuba dalam tempoh 3 bulan. Kamu akan berasa badan lebih ringan, mudah untuk lakukan kerja harian dan nafas lebih teratur. Jika kamu malas untuk joging outdoor, kamu boleh joging di gym! It is all up to you, rajin ke tidak?

 

4. Skipping 

5-Senaman-Kardio-Paling-Berkesan-Untuk-Kurus

Selain dapat meningkatkan keseimbangan dan koordinasi badan, skipping membakar lebih daripada 10 kalori seminit. Kamu juga akan dapat ton otot di belakang badan dan juga lengan. Cubalah!

 

5. Zumba 

5-Senaman-Kardio-Paling-Berkesan-Untuk-Kurus-2

Berzumba merupakan senaman kardio yang paling in trend pada masa ini. Ianya bukan sahaja membantu kamu kurus dengan cepat.  Jika kamu jenis yang sukakan privasi, kamu bolehlah berzumba sendirian di rumah sambil mengikuti mana-mana video zumba yang ada di youtube. Lotsa fun!

Foto — Google 

Love, Nabila Hisham