5 Tips Atasi Kulit Wajah Berminyak

5 Tips Atasi Kulit Wajah Berminyak

Kecantikan

Berminyaknya muka! Eww.

Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi tetapi anda memiliki masalah kulit wajah berminyak. Pasti ia akan membuatkan kulit wajah anda berasa tidak selesa malah akan memyebabkan muka anda mudah didatangi jerawat.

Sebaiknya, anda harus melakukan sesuatu sebelum pagi Raya Aidilfitri. Fret not, OHFESYEN akan kongsikan beberapa tips untuk hilangkan masalah kulit wajah berminyak secara mudah dan cepat!

 

 

#1  GUNAKAN PEMBERSIH MUKA YANG LEMBUT

Untuk muka yang berminyak amat disarankan menggunakan “Foam cleanser” Kerana kebanyakan “foam cleanser” mengandungi benzoyl peroxide, salicylic acid, glycolic acid atau beta-hydroxy acid. Ia sangat lembut dengan semua jenis kulit malahan yang berminyak. Ia akan mengawal pengeluaran minyak berlebihan.

 

#2  KURANGKAN MAKANAN BERMINYAK

Makan makanan yang terlalu berminyak akan menyebabkan banyak masalah kesihatan serta gangguan pada kulit wajah. Kurangkan pengambilan makanan berminyak dan gantikan dengan makanan yang dimasak secara kukus atau panggang. Roasted chicken would be nice! Yums.

#3 MINUM AIR KOSONG

Pengambilan air kosong yang mencukupi dapat membuang toksin dalam badan yang menyebabkan masalah muka berminyak serta jerawat. Bukan wajah sahaja perlu sentiasa dibersihkan, malah perut juga perlu di cuci. Hanya perlu minum air kosong yang mencukupi. Jika anda kurang membuat demikian, kulit akan berasa kering dan lebih teruk lagi boleh menggelupas. Maka, minum lah air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari supaya dapat memlembabkan kulit dan membersihkan bahagian dalam badan.

 

#4 AIS BATU 

Ais batu ternyata boleh membantu anda untuk menyegarkan wajah dan sekaligus dapat mengatasi minyak berlebihan pada wajah. Kesejukan ais dapat membantu mengecilkan pori-pori kulit sehingga jerawat susah untuk merebak.  Caranya mudah sekali, lumurkan ais batu ke seluruh kulit wajah anda. Kursusnya d bahagian “T zone”, selama 30 saat.

 

#5 MASKER TOMATO

Masker buah tomato akan menjadikan kulit muka yang berminyak menjadi bersih bersinar kerana buah tomato mempunyai kebolehan dalam pengelupasan sel-sel kulit mati secara cepat. Malahan, kombinasi tomato dan timun adalah sangat baik sekali kerana ia akan menyingkirkan minyak yang berlebihan dan mencegah kulit daripada kering.

 

Love, Nabila Hisham ❤️