4 CARA MENGURANGKAN JERAWAT & MEMUDARKAN PARUT JERAWAT

4 CARA MENGURANGKAN JERAWAT & MEMUDARKAN PARUT JERAWAT

Out & About

download (4)

Setiap wanita mengidamkan kulit muka yang flawless. Bohong la kalau ada wanita yang tak menginginkan kecantikan, heh. Paling-paling pun, mereka mahukan kulit yang licin sekata. Sis yakin setiap dari kita pasti pernah mengalami masalah jerawat sama ada semasa zaman remaja, zaman universiti mahupun zaman bekerja. Bukan sahaja wanita, malah lelaki juga turut mengalami masalah yang sama. 

Wanita juga lebih cenderung mencari pelbagai jenis rawatan dan produk untuk menghilangkan jerawat dan parut. Almaklumlah, nak cantik… Kadangkala, jerawat dah hilang, boom! parut pula yang berkeliaran. Sis pernah mengalami pengalaman sebegini suatu ketika dahulu.

Bermacam jenis produk sis cuba, termasuklah produk lokal. Pada mulanya memang ada perubahan ketara. Putih, licin. Fuh rasa cantik betul la masa tu. Tapi lama-kelamaan, semakin teruk kulit muka, semakin nipis. Bila sis berhenti menggunakan produk tersebut, jerawat semakin rancak macam cendawan tumbuh selepas hujan! Seksanya, hanya diri sendiri yang tahu. Sis pun ambil inisiatif untuk berhenti guna produk-produk tersebut dan mula dengan produk semula jadi. Nak tahu sis guna apa? Jum baca!

1) CUKA EPAL / APPLE CIDER

800

Guna cuka epal ini sebagai toner. Guna untuk menghilangkan solekan kamu, selepas mandi dan sebelum tidur. Cuka epal ini agak berbau tetapi sangat bagus untuk mengurangkan jerawat dan memudarkan parut jerawat. Malah, dengan penggunaan secara konsisten, cuka epal ini mampu mencerahkan kulit dan membuat kulit menjadi shining secara semula jadi. Boleh didapati di kedai runcit atau pasaraya terdekat. Sis guna jenama HEINZ ini dengan harga RM 8 untuk botol kecil. Tapi hanya dengan botol kecil ini boleh bertahan selama berbulan-bulan!

Cara Guna : Ambil 1 botol kecil yang kosong. Letak 3 sudu besar cuka epal dalam botol kecil tersebut. Tambahkan air kosong ke dalam botol kecil sehingga separuh botol. Siap! Guna cuka epal ini sebagai toner. Wajib pakai sebelum tidur dan selepas mandi dan juga sebelum mekap.

2) CAMPURAN MADU & GULA PASIR

mixture

Campuran madu dan gula ini adalah sebagai scrub muka. Ianya untuk mengurangakan parut jerawat dan melembutkan kulit. Pastikan kamu membeli madu asli dan bukannya madu klon atau yang sudah dicampur adukkan dengan bahan lain.

Cara Guna : Ambil satu mangkuk kecil. 1 sudu besar gula. 1 sudu besar madu. Campurkan kedua-dua bahan tadi. Oleskan ke muka seperti scrub. Tunggu sehingga 10-15 minit. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih. Pakai seminggu sekali.

3) GEL ALOE VERA

AVGSplash

Gel aloe vera ini fungsinya untuk melembapkan kulit yang kering. Gel ini sangat wangi dan ringan. Harganya juga sangat berpatutan dengan kuantiti yang banyak. Jenama yang sis selalu pakai ialah Nature Republic, boleh didapati di kedai Nature Republic dekat IOI City Mall, Putrajaya. Korang boleh dapatkan di online shop seperti amazon ataupun instashop yang dipercayai. Pastikan ORIGINAL & BUKAN TIRUAN kerana produk tiruan boleh merosakkan kulit kamu dengan sepantas kilat! Korang tak memerlukan day & night cream kerana gel ini sudah mencukupi untuk menggantikan segala cream. Very recommended! Sis bagi 10 bintang!

Cara Guna : Sapukan gel aloe vera ke muka dalam kuantiti sederhana (terpulang nak pakai banyak mana). Tunggu sehingga kering, kemudian bilas. (tak perlu bilas pun boleh). Pakai sebelum mekap untuk melembapkan muka & sebelum tidur. Rasakan keajaiban kulit selepas bangun dari tidur! Sis pasti dan yakin kulit kamu akan menjadi kenyal dan lembut. 

4) CAMPURAN YOGURT & KUNYIT

MASKER

Campuran yogurt perisa natural bersama kunyit adalah campuran yang sangat ideal dijadikan sebagai masker. Fungsi yang boleh mengecutkan dan menghilangkan jerawat dalam masa 3 hari sahaja. Bukan sahaja menghilangkan jerawat, masker ini juga boleh memutihkan kulit dengan syarat, haruslah dipakai setiap hari selama 8 bulan.

Cara Guna : 2 sudu kecil yogurt. 1/2 sudu kecil kunyit. Gaulkan bersama. Sapukan ke seluruh muka. Tunggu sehingga kering atau kamu boleh pakai semalaman. Bilas sehingga bersih. Pastikan guna wet tissue selepas membilas muka kerana kunyit agak sukar dihilangkan. Pakai setiap malam. 

TADAAAA! Ini hasil 5 bulan selepas sis guna kesemua bahan-bahan ni..

P/S : walaupun pakai makeup nipis, masih lagi boleh nampak jerawat batu tu okay :). Nilai sendiri okay? 

vthfvjhk