Apabila berfesyen, ia bukanlah semata-mata kerana trend dan jenama. Dalam masa yang sama, sense of style dan juga sedikit ilmu mengenai fesyen boleh membantu anda tampak yang terbaik.

Jika anda mahu kelihatan impeccable, pastikan anda ketahui enam tip fesyen ini sebagai sumber rujukan.

Bijak dalam Memilih Fabrik

 


Jangan jadikan stail atau rupa satu-satu busana itu faktor utama anda memilih busana tersebut. Pilihan fabrik yang betul dan kena dengan tubuh anda merupakan satu pengetahuan essential untuk setiapfashionista.

Apabila anda memilih fabrik yang salah, anda akan kelihatan sama ada terlalu boxy atau skinny, atau fabrik tersebut akan menonjolkan bonjolan-bonjolan yang tidak sepatutnya nampak.

Untuk tampak lebih baik, pilihlah busana dari fabrik cotton, wool gabardine, wool microfiber blends,wool crepe atau silk dan cotton blends.

All About Proportion

 


Busana anda mungkin muat dengan anda cantik dan ngam-ngam tetapi mainan proportion adalah tip fesyen yang ‘yes’! Rule yang perlu dipatuhi: pendek di atas panjang atau panjang di atas pendek.

Jika anda memakai kardigan labuh, sebaiknya top anda di dalam pendek. Jika anda mahu memakai jaket yang cropped, sebaiknya labuhkan top anda.

Jangan Over!

 


Aksesori seperti rantai dempak dan blings tampak sangat syok untuk dipakai tetapi jika anda mahu tampak sophisticated, beringat apabila beraksesori.

Ingat, hiasan terlalu banyak akan mengurangkan versatiliti busana yang anda pakai. Apabila fokus kepada blings yang menyakitkan pandangan, anda akan tampak terlalu sarat.

Pilih Corak yang Gelap

 


Paten semestinya seronok untuk digayakan tetapi pilihan stail dan bentuk yang salah hanya akan menyemakkan anda. Apabila memilih busana bercorak, pilihlah stail yang memiliki background yang gelap atau corak yang bertona.

Ini membolehkan anda yang petite atau plus size tetap boleh menggayakan busana bercorak.

Bermain dengan Warna

 


Hitam sememangnya warna yang elegan tetapi bosanlah jika itu sahaja warna yang anda sering gayakan. Jika anda mahu gayakan stail colour block, ingat tip ini. Pilih maksimum TIGA warna dan that’s it.

Jangan pilih lebih dari itu. Kita tidak mahu tampak seperti badut pula. Pastikan anda tahu warna yang komplimen kepada warna yang lain. Jangan main redah sahaja!

Kuasai Busana Basics

 

Busana basic seperti celana denim dan kemeja putih kosong adalah must-haves untuk setiap wanita. Mereka mungkin ringkas tetapi mereka tetap boleh glammed up.

Pilih satu statement piece (rantai leher atau tas tangan besar atau sepatu tumit spiky). Anda pasti akan tampak lebih elegan.

Pastikan anda memahami terlebih dahulu bentuk tubuh anda dengan baik. Ini akan memudahkan anda untuk mengaplikasi panduan ini dan juga memilih busana yang sesuai. – hb