7 Idea Gaya Hijabi Untuk Ke Pejabat Seperti CEO

7 Idea Gaya Hijabi Untuk Ke Pejabat Seperti CEO

OOTD

 

yatt 3 new

instagram : yattmohdnoor

Seorang wanita bekerjaya sememangnya perlu menjaga etika pakaian terutamanya kala di pejabat. Pabila melangkah ke alam pekerjaan, gaya pemakaian haruslah dititiberatkan terlebih dahulu kerna luaran melambangkan keperibadian seseorang. Lumrah wanita bekerjaya, setiap pagi pasti buntu memikirkan busana apa yang patut dipakai. 

Majoriti syarikat di Malaysia mempunyai kod pemakaian untuk ke pejabat iaitu gaya formal. Ada juga syarikat yang hanya berpakaian biasa. Untunglah siapa yang bekerja di syarikat-syarikat tersebut. Tak perlu terlalu stress fikir nak pakai baju apa kan! Walaupun berpakaian bebas atau casual, kekemasan juga penting ok!

Jum tengok Ohfesyen sajikan 7 idea gaya untuk ke pejabat 😀

FORMAL 

FORMA;LSumber : neelofa | Sumber : syifazainuddin

Gaya formal biasanya untuk mereka yang bekerja dengan syarikat yang berprestij ataupun syarikat yang ada kod pemakaian ataupun kita panggil sebagai “dress code”. Blazer adalah pilihan yang tepat untuk kelihatan segak, kemas dan agak serius. Pilih warna blazer yang daripada warna-warna asas seperti hitam, putih dan biru laut. 

Padankan blazer dengan baju yang tak bercorak untuk kelihatan profesional. Mungkin kamu boleh padankan dengan celana yang punya sedikit corak dan pastikan coraknya tak keterlaluan. 

Padankan pakaian kamu dengan hijab yang berona sama dengan sepatu atau baju bahagian dalam. Pastikan sepatu kamu bertutup. Barulah nampak wanita berkarier 😀

 

SMART CASUAL

casual

Sumber : umminazeera | Sumber : rafidaaaaaaaah | Sumber : syafiqahaina

Kod pakaian yang agak santai tetapi masih lagi konservatif. Kod pakaian ini lebih kepada kemeja, seluar slack atau palazzo bercutting dan bertali leher.

Jika ingin memakai pakaian yang bercorak, pastikan ianya bercorak simple, tidak keterlaluan. Sis sarankan lebih baik memakai satu set untuk outfit yang bercorak.

CASUAL

yatt syifa

Sumber : syifazainuddin | Sumber : yattmohdnoor

Gaya casual ini lebih santai berbanding smart casual. Sis panggil gaya ini sebagai gaya “2 in 1” kerna gaya yang sesuai untuk ke pejabat dan juga shopping mall. Jadi lepas waktu kerja, you girls boleh singgah ke shopping mall!

Kebiasaannya, gaya casual ini pekerja perlu memakai setiap hari jumaat. Bergantung juga kepada syarikat. Lain syarikat lain suasananya. Tak gitu?

Tambahan, gaya ini juga untuk menimbulkan suasana ceria dan juga selesa dipakai untuk seharian. Namun, walaupun gaya casual, tak semestinya kamu bebas memakai sliper, sandal, dan berpakaian selekeh okay? Sebagai wanita bekerjaya, kamu seharusnya dan wajib berpakaian kemas. 

Walau apapun kod pemakaian yang kamu semua pakai, kekemasan mesti sentiasa dititiberatkan dalam berpakaian. Bukan sahaja ke pejabat, ke mana sahaja kamu pergi, jagalah penampilan kamu sebagai seorang wanita muslimah kerana penampilan seseorang itu melambangkan keperibadian mereka 😉