8 Inspirasi Gaya Scha Alyahya Paling Fashionable Pilihan Ohfesyen!

8 Inspirasi Gaya Scha Alyahya Paling Fashionable Pilihan Ohfesyen!

Artis, OOTD

Antara selebriti wanita yang masih lagi aktif dalam industri seni tanah air. Gelaran seorang ibu sama sekali tidak menghalang Scha Alyahya untuk kekal bergaya. Ramai yang tidak dapat menafikan mummy kepada Lara Alana ini mempunyai fashion sense tersendiri kerana berani tampil bergaya lain dari yang lain. Adakah kerana susuk tubuh yang cantik? Ohfesyen senaraikan beberapa inspirasi OOTD Scha Alyahya pilihan Ohfesyen. Memang rare!

 

 

#1

So comfy! Padanan plain top dengan skirt paras buku lali sememangnya gaya yang cukup minimal. Sneakers merupakan pilihan tepat lebih-lebih lagi ketika melancong. Ohfesyen memilih sandal bagi menggantikan sneakers!

 

 

#2

Japanese girl! Pasti sangat selesa mengenakan top dan celana yang longgar bukan? Tambahan pula dengan sneakers, kaki tak melecet dan mudah untuk berjalan. Bagi Ohfesyen pula, kamu juga boleh menggayakan dengan straight cut jeans paras buku lali. Pakai topi bucket untuk tampil lebih cool!

 

 

#3

Gaya monokrom paling mudah untuk digayakan! Seperti dalam gambar, Scha mengenakan gabungan top putih bersama kardigan dan celana gingham yang sedang trending. Jika mahu mencipta ilusi tubuh yang ramping, Ohfesyen cadangkan untuk kamu memakai top hitam. Serlahkan gayamu dengan shades hitam!

 

 

#4

Sekali sekala tampil casual but a lil bit boyish apa salahnya kan? Mungkin masih ramai lagi yang kurang yakin untuk memakai track pants seperti Scha Alyahya. Olah sedikit penampilan Scha kepada lebih feminin, cuba sarung kemeja dan gayakan secara loose untuk gaya lebih cool!

 

 

#5

Siapa kata tshirt fesyen lapuk? Lihat saja gaya Scha Alyahya, bijak bermain rona dan cara penggayaan yang menarik! Padankan tshirt dengan skirt atau celana berona merah. Boot or heels can be another option!

 

 

#6

Padanan dress dengan boots sebenarnya menyerlahkan gaya feminin dan sofistikated. Pilih dress bercorak supaya tidak terlalu boring. Stay classy!

 

 

#7

Colours are so attractive! Tahukah kamu beltbag sedang trending dalam fesyen? Yakinkan diri untuk menggayakan beltbag dengan baju dan celana berona terang. Hati-hati dalam pemilihan warna kerana jika tersalah matching, it could ruin your whole look! Pakai shades untuk lebih ummph!

 

 

#8

Penampilan yang digayakan Scha lebih kepada street style. Bagi yang lebih gemar dengan gaya feminin, olah sahaja bahagian kasut. Sarung heels atau sandal and here you go! Jika pilih heels, clutch pilihan tepat manakala bagi sandal pula, tote bag atau sling bag would be perfect!

 

 

Foto — Instagram @schaalyahya | pinterest