9 RAHSIA DIRI TAMPIL ANGGUN DENGAN BERTUDUNG DI MAJLIS BAHAGIA

9 RAHSIA DIRI TAMPIL ANGGUN DENGAN BERTUDUNG DI MAJLIS BAHAGIA

Out & About

Mesti ada di antara kita tertanya-tanya cara bagaimana nak tampil cantik, sopan dan kelihatan bergaya di majlis akad nikah walaupun hanya memilih gaya ringkas sahaja.

 

Ada pula yang mahu jimat dan tidak mahu berbelanja besar memandangkan keadaan ekonomi makin meningkat. Tidak mengapa, itukan pilihan masing-masing.

 

Sebab itu dalam artikel kali ini Nur tampilkan rahsia bagaimana dilihat ayu je walaupun pakai tudung bajet.

 

kahwin

 

#1 – Paling utama sebagai pengantin Muslimah, pemilihan tudung yang sempurna mestilah labuh menutupi dada, tidak jarang, longgar, tidak menampakkan bentuk telinga atau leher dan melepasi bahu.

 

#2 – Pilih rekaan dan warna tudung yang sesuai dengan bentuk muka dan tona kulit.

 

#3 – Padankan tudung yang polos dengan pakaian yang miliki sedikit manik atau hiasan yang tidak dilihat keterlaluan gayanya.

 

#4 – Gunakan fabrik lembut seperti georgette, chiffon dan lace. Menyerlah sedikit daripada orang lain tidak salah agar tetamu tahu kita adalah si pengantin.

 

kahwin1

 

#5 – Mahu penampilan diri yang lembut namun ceria dan berkeyakinan tinggi, pakailah tudung polos yang berwarna cerah untuk digayakan.

 

#6 – Asas pemakaian tudung yang bagus ialah anak tudung yang direka ikut keselesaan dan kesesuaian si pemakainya. Material yang sesuai adalah jersi, span dan lace.

 

Anak tudung yang berawning mudah dibentuk dan boleh menutup kekurangan bentuk muka bulat dan bersegi. Berbanding mereka yang mempunyai bentuk muka panjang dan bujur, anak tudung yang sesuai dipakai adalah anak tudung berikat belakang tanpa awning.

 

#7 – Elakkan pakai warna baju pengantin yang menjolok mata dan sangat menonjol seperti merah saga dan kuning diraja. Sakit mata orang memandang.

 

Paling terbaik, padankan baju dan warna tudung yang sedondon walaupun Nur tahu ada fashion matchingkan warna berlainan.

 

#8 – Hiasan seperti tiara atau headband di kepala seharusnya tidak terlalu sarat kerana ia buatkan wajah kita serabut. Ambil kira penggunaan batu permata, kristal atau manik-manik. Less is more.

 

#9 – Rahsia besar Nur bocorkan untuk diri berseri : Berwuduk sebelum memakai persalinan pengantin.

 

Share dari: http://www.tudungonline.com/blog/9-rahsia-diri-tampil-anggun-dengan-bertudung-di-majlis-bahagia/