Atasi Masalah Susah Tidur Malam Dalam Masa 3 Saat

Atasi Masalah Susah Tidur Malam Dalam Masa 3 Saat

Kecantikan, Out & About

Ugh! Susahnya nak tidur!

Atasi-Masalah-Susah-Tidur-Malam-Dalam-Masa-3-Saat-1

Sama ada kamu terlalu penat, tekanan di tempat kerja atau bimbang akan sesuatu yang membuatkan kamu sukar untuk melelapkan mata? Atau mungkin kamu sedang menahan diri dari jiran yang bergaduh bagai tiada hari esok? Lalu kamu pun terus bangkit dan bermeditasi. Dengan harapan kamu akan dapat tidur yang tenang.   

Sebenarnya kamu cuma perlukan semburan dari sebotol Lavender Relaxing and Soothing Spray!

Kamu tak perlu untuk berjaga hingga lewat malam dan kesiangan keesokan harinya. Hari penting untuk pembentangan bersama team yang bakal membuatkan semua terpaku dengan hasil kerjamu. Tubuh badan juga perlukan rehat yang cukup untuk kekal bertenaga melakukan aktiviti harian.

Lavender Relaxing and Soothing Spray ini sesuai untuk mereka yang mengalami tidur yang terganggu. Bukan itu sahaja, ia dirumuskan secara luar biasa dengan minyak manis buah Orange, Rosemary dan Peppermint, untuk meningkatkan keselesaan, mewujudkan perasaan atau suasana tenang untuk badan dan minda sebelum tidur. Dipertingkatkan dengan Chamomile, Blueberry, White Lily, Rose dan ekstrak Lavender untuk meningkatkan ketenangan dan tidur yang damai.  

Minyak pati Lavender

Salah satu minyak pati yang paling terkenal dan serba boleh digunakan dalam aromaterapi. Disuling dari tumbuhan Lavandula angustifolia, ia membantu dalam relaksasi dan dipercayai dapat merawat kebimbangan (anxiety), jangkitan kulat, alergi, kemurungan, insomnia, eksim, loya, dan kekejangan haid.

Cara penggunaan: Semburkan Lavender mist yang cepat kering ini dalam jarak 15cm pada bantal atau seluruh bilik sebelum tidur. Haruman Lavender ini akan menenangkan tubuh dan minda kamu untuk tidur yang damai. Tarik nafas sedalamnya untuk kesan yang lebih baik. Hanya 3 saat diperlukan!

#relaxingspraybynanamahazan #lavenderrelaxingspray #nanamahazanbeauty

Love, Wawa Adams