Bahan-Bahan Di Dalam Produk Skincare Yang Perlu Kamu Tahu Dan Kesannya Terhadap Kulit Kamu!

Bahan-Bahan Di Dalam Produk Skincare Yang Perlu Kamu Tahu Dan Kesannya Terhadap Kulit Kamu!

Kecantikan

Mungkin ada diantara kamu yang akan memeriksa kandungan bahan yang ada di dalam produk penjagaan kulit. Sudah pasti banyak nama-nama yang mungkin asing bagi kamu dan apa releven atau kebaikan bahan-bahan tersebut. Kali ini Ohfesyen akan kongsikan kepada kamu beberapa bahan yang terkandung dalam produk penjagaan kulit dan kebaikannya.

Vitamin F – Untuk menguatkan barrier kulit

Juga dikenali sebagai asid linoleic, Vitamin F – asid lemak penting yang terdapat dalam minyak rosehip, minyak bunga matahari, minyak zaitun dan minyak biji rami adalah ‘unsung hero’ penjagaan kulit. Strukturnya yang kaya-omega membantu mengekalkan kekuatan barrier lipid kulit dan menjadikan kulit kelihatan lebih sihat.

Niacinamide – Untuk mencerahkan dan menghidratkan

Bahan ini telah menjadi semakin popular kerana keberkesanannya dalam merawat jerawat dengan mengurangkan penghasilan minyak berlebihan serta keupayaannya untuk mencerahkan, menghidrat, meningkatkan pengeluaran kolagen dan membantu mengurangkan hiperpigmentasi.

Asid Mandelik – Untuk exfoliating kulit sensitif

Memperkenalkan bahan baru yang sangat hyped daripada kategori exfoliating-acid. Berasal dari ekstrak badam pahit, asid mandelik membuang sel-sel kulit mati untuk membiarkan epidermis diperbaharui – dan saiz molekul yang lebih besar bermakna ia tidak menembusi kulti seperti asid lain, menjadikannya sesuai untuk kulit sensitif. Ia juga boleh digunakan untuk merawat pigmentasi, parut dan jerawat.

Minyak Marula – Untuk kulit kering dan kusam

Minyak ini mengandungi antioksida dan omega dan mempunyai empat kali lebih Vitamin C daripada oren. Sesuai untuk kulit yang paling sensitif, ia adalah anti-mikroba, tidak mengiritasikan dan tidak menyebabkan pori tersumbat, jadi ia boleh digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit berminyak. Ketika musim sejuk, cuba tukarkan krim malam kepada minyak marula dan lihat perbezaannya.

Kuprum – Untuk kulit yang tidak bermaya

Jika silver (perak) popular dalam penjagaan kulit kerana sifat antibakterianya, kuprum pula adalah ‘super-charged cousin’-nya yang menjadikan kulit lebih bersinar. Ia telah menjadi bahan yang umum kerana kajian telah mendapati peptida kuprum adalah bahan antioksida anti-keradangan terhadap pencemaran dan stress. Ia juga menghapuskan kerosakan DNA, menjadikannya ramuan anti penuaan yang hebat.

Retinol – Untuk anti-penuaan yang tinggi

Retinol bukanlah satu bahan baru tetapi formulanya telah diperbaharui. Sebagai satu bahan, ia mempunyai reputasi yang buruk kerana menyebabkan kekeringan, tetapi generasi seterusnya menawarkan formula yang lebih lembut. Tulang kepada anti-penuaan, ia meningkatkan perolehan sel dan meningkatkan kolagen untuk kulit yang licin. Selalu gunakan retinol dengan SPF.

Squalane – Untuk penghidratan muktamad

Ideal untuk kulit sensitif dan kering, squalane yang berasal dari tumbuhan – yang biasanya berasal dari buah zaitun atau tebu – paling disukai kerana teksturnya yang ringan dan tidak berminyak tetapi sangat menghidratkan. Keupayaannya untuk mengawal penghasilan minyak menjadikannya pilihan yang ideal untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak.

 

Love, Shahirah Jasman