BeauTYRA Lip Dessert Catat Jualan 2 Ribu Set Lipstik Dalam Masa 8 Minit!

BeauTYRA Lip Dessert Catat Jualan 2 Ribu Set Lipstik Dalam Masa 8 Minit!

Makeup, Out & About

 

 

PADA 24 April yang lalu, BeauTyra telah mengumumkan pelancaran produk lipstiknya yang pertama – BeauTyra Lip Dessert, iaitu lipstik cecair yang menarik, dengan 3 pilihan yang berbau pemanis mulut.

 

BeauTyra, sebuah syarikat kosmetik yang dilancarkan pada bulan Jun 2018 yang terkenal dengan pemerah pipi. Jenama itu mengembangkan perniagaannya dengan menambah koleksi Hair-To-Toe Mists, rambut dan wangian badan, yang dilancarkan pada bulan Disember, dan ia diikuti oleh highlighter yang dikenali sebagai “Pixie Dust” pada awal tahun 2019.

 

 

Setiap pelancaran produk mencatatkan kejayaan terbesar seperti Born to Blush, dimana 6,000-unit terjual dalam masa 3 minit selepas pengeluarannya.

 

Semua produk BeauTyra boleh didapati hanya di Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Hasil daripada sambutan positif dan peningkatan jumlah pengguna BeauTyra, team BeauTyra terus menghasilkan dan menawarkan lebih banyak lagi variasi kepada pelanggan setia yang selalu mencari sesuatu yang baru dan menarik dalam kosmetik.

 

 

Tyra Kamaruzzaman, Pengasas BeauTyra menjelaskan, “Selain pemerah pipi, lipstik adalah sesuatu yang saya tidak boleh hidup tanpanya! Dan sukar untuk saya mencari warna yang betul untuk saya pakai setiap hari. Jadi, saya tahu saya perlu hasilkan lipstik saya sendiri – Lip Dessert BeauTyra yang merupakan lipstik cecair. “

 

Diilhamkan oleh rasa manis pencuci mulut, lipstik cecair itu dibuat untuk membawa bau yang enak. Sesuai untuk kegunaan harian, lipstik cecair ini hadir dalam tiga variasi matte. Ianya sebagai peneman kepada wanita supaya kelihatan cantik dan sempurna untuk selfie, dan mudah disimpan di dalam beg.

 

Pelancaran rasmi BeauTyra’s Lips Dessert diadakan di The Ame Soeur Restaurant, Bukit Jalil dengan kehadiran peminat setia BeauTyra, VIP dan media. Ini merupakan cara bagi team BeauTyra untuk meraikan dan sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia atas sokongan mereka yang tidak berkesudahan dan sekali gus melancarkan produk lipstik terbarunya.

 

 

Majlis selama tiga jam itu terdiri daripada aktiviti yang menyeronokkan dan pengenalan produk terbarunya, BeauTyra Lip Dessert, yang telah dijual secara rasmi di Shopee, BeauTyra.os pada 26 April 2019 bagi keluaran set (RM125). Manakala lipstik secara unit akan dijual pada tarikh yang akan diberitahu kelak (RM45).

 

Terdapat tiga warna berbeza, ‘Chocolate Fudge’, ‘Caramel Salted’ dan ‘Strawberry Cheesecake’, Lip Dessert ini adalah lipstik cecair yang boleh digunakan setiap hari dan di mana sahaja, sama ada di kelas, tempat kerja, membeli-belah, pesta makan malam dan perkahwinan. Lip Dessert ini dihasilkan untuk mereka yang sentiasa on-the-go dan  memerlukan lipstik cecair yang sesuai untuk semua jenis look.

 

 

BeauTyra dikenali dengan produknya yang memenuhi keperluan pelbagai jenis warna kulit wanita di Malaysia. Dengan pemilihan warna dan pigmentasi yang boleh dipakai, tidak kira sama ada cerah, gelap atau sawo matang; kamu pasti dapat mencari shade yang sesuai dengan wana kulit kamu.

 

Hashtag, “#YouCanWakeupLiddis”, menyampaikan bahawa para pelanggannya boleh menjadi lebih berkeyakinan dengan kulit mereka sendiri. Dengan sedikit sentuhan solekan, mereka akan kelihatan seperti mereka sudah bersedia untuk menakluki dunia.

 

 

Mengenai perancangan masa hadapan BeauTyra, Tyra Kamaruzzaman berkata, “Kami sentiasa berfikir tentang apa yang perlu dilancarkan seterusnya, dan ia sentiasa mengujakan kerana saya terlibat sepenuhnya dari perancangan hingga ke hari produk-produk itu dijual. Apa pun produk tersebut, saya jamin ia akan sentiasa menarik kerana ianya adalah BeauTyra. Itu janji saya “

 

 

Sekitar majlis pelancaran

Foto — @fykaazman