Berhenti Jadi Jurutera Demi Bantu Isteri Berniaga. 10 Tahun Dan Kini Miliki Butik Sendiri. Pengasas Qaysaa Hijab Kongsi Strategi Bisnes

Berhenti Jadi Jurutera Demi Bantu Isteri Berniaga. 10 Tahun Dan Kini Miliki Butik Sendiri. Pengasas Qaysaa Hijab Kongsi Strategi Bisnes

Out & About

Qaysaa Hijab bukanlah jenama yang asing lagi. Namun, bagi mencapai tahap dimana mereka berada sekarang tak semudah yang disangka.

 

Ikuti kisah menarik yang dikongsikan oleh Pengasas Qaysaa Hijab bersama Ohfesyen.

 

 

Korban kerjaya demi minat

 

KERJAYA awal sebagai jurutera dan editor syarikat terkenal. Namun, minat yang mendalam kepada perniagaan membuatkan dia nekad meneruskan impiannya. Qaysaa Hijab kini ditunjangi oleh pasangan suami isteri, Encik Saiful Dzulkifli dan Siti Saadiah Yahya.

 

Mula berjinak dalam dunia perniagaan sejak dari zaman belajar. Setelah tamat pengajian, beliau bekerja sebagai editor di sebuah syarikat swasta terkenal selama setahun. Mengakui akan tekanan dengan kerjayanya, Siti Saadiah yang merupakan pengasas Qaysaa Hijab, kembali berniaga secara sepenuh masa.

 

 

View this post on Instagram

 

Release tonight 8pm on www.QAYSAAHIJABS.com _ #qaysaastripesplitlongtop #2RM100

A post shared by QAYSAA HIJABS ™ (@qaysaahijabs) on

 

2009 merupakan titik mula Qaysaa Hijab dimana dirinya sering ditanya tentang fesyen pakaian yang digayakan ketika di fakulti dahulu. Beliau mengambil peluang tersebut dan menggunakan wang pinjaman pengajian dan biasiswa sebagai modal permulaan perniagaannya.

 

Pada awalnya berniaga secara atas talian dan pada hujung minggu pula akan berniaga di bazar-bazar secara flat market. Latar belakang keluarga yang mempunyai perniagaan sendiri membuatkan Siti Saadiah lebih seronok dan bertambah minat untuk berniaga.

 

 

Bijak Mengatur Langkah

Beliau mula berasa tidak mampu untuk menguruskan perniagaannya seorang diri lalu memujuk suaminya, Encik Saiful yang merupakan seorang jurutera sebelum ini bagi membantunya mengurus syarikat. Kelebihan suaminya yang gemar berjumpa ramai orang dan kepetahannya bercakap mampu menarik minat pelanggan.

 

 

Butik pertama dibuka di Seksyen 16, Shah Alam pada tahun 2014. Pada ketika itu, butik mereka terletak di tingkat 3 kerana sewaan harga yang murah. Tidak hanya di butik sendiri malah mereka juga menggunakan strategi perniagaan secara vendor. Menurutnya, Qaysaa Hijab dilamar oleh pemilik vendor yang merupakan pereka terkenal untuk menjadi vendor di butik mereka di Bangi Sentral. Pasangan suami isteri itu bersetuju kerana berpendapat ianya membantu meningkatkan jenama serta jualan Qaysaa Hijab.

 

Pada 2016, Qaysaa Hijab berpindah di butik tingkat bawah atas sebab beberapa faktor seperti kesukaran mengangkat barang sehingga menyebabkan sakit badan dek kerana barang jualan yang semakin bertambah. Mereka tidak bercadang untuk membuka cawangan lain kerana menurut Encik Saiful pelanggan lebih gemar membeli secara online berbanding di butik. Melainkan jenama yang besar yang memerlukan banyak cawangan.

 

Cipta Kelainan

Menerima banyak feedback dari pelanggan supaya mengeluarkan rekaan yang lebih kepada “customer demand”, Siti Saadiah mula menghasilkan rekaan sendiri dalam koleksi pakaian mereka. Lagi pula, mengikut kepada pemerhatian beliau, di pasaran tidak mempunyai baju yang mengikut kehendak pelanggan sepenuhnya. Mendapat inspirasi rekaan dari timur tengah, Siti Saadiah sememangnya meminati fesyen Arab. Pada masa yang sama, beliau mendapat permintaan untuk rekaan baju yang sedemikian.

 

 

View this post on Instagram

 

Tak sabaaarrr nak release our WASIYAA PRINCESS DRESS! 💃 _ Patut release bila ni? ♥️🌹#qaysaawasiyadress

A post shared by QAYSAA HIJABS ™ (@qaysaahijabs) on

 

Produk mereka lebih kepada wudhuk friendly. Seiring dengan tagline “modest, fashion and nursing friendly”. Secara kebetulan, jenama Qaysaa Hijab mempunyai USP (Unit Selling Position) yang bermaksud “kenapa pelanggan perlu mencari jenama kita”. Perkara ini merupakan kekuatan kepada jenama Qaysaa Hijab.

 

 Strategi Demi Strategi

Sehingga 70 rekaan telah dihasilkan. Kebanyakan rekaan printed menggunakan tema abstrak dan hanya menghasilkan warna-warna pastel. Mengenai keluaran terbaru, mereka akan mengeluarkan sekurang-kurangnya 3 rekaan setiap bulan dengan penghasilan sebanyak 500 hingga 1000 helai setiap rekaan. Jualan dapat dijual dalam masa 2 hingga 3 minggu.

 

 

Menyentuh soal strategi pemasaran, Encik Saiful berkata sistem dropship dan ejen membantu mereka dari segi jualan dan peningkatan jenama. Ejen dan dropship yang aktif pula akan mendapat ganjaran bonus dan komisyen jika berjaya mencapai sasaran jualan. Lebih menarik, ejen yang mendapat jualan tertinggi akan diberi ganjaran emas. Inisiatif ini dapat meningkatkan semangat ejen dropship mereka untuk bersungguh-sungguh membuat sale selain sentiasa memberi motivasi dan kata-kata semangat kepada mereka sebagai galakan untuk terus berjaya.

 

Jualan secara kombo juga antara strategi pemasaran dimana mereka menjual dua produk dengan satu harga. Ianya dipanggil ‘free marketing’ pabila pelanggan selalunya akan mencari pasangan untuk membeli produk kombo kerana harga yang lebih murah. Dalam masa yang sama, Siti Saadiah turut menyatakan bahawa mereka juga perlu bijak bermain dengan kuantiti produk yang ingin dikeluarkan.

 

 

Gambar yang menarik mampu menjadi tarikan utama, jadi tidak hairanlah jenama Qaysaa Hijab ini sangat mementingkan sesi photoshoot. Kualiti gambar merupakan first impression pelanggan dalam membeli sesuatu produk kerana majoriti pelanggan akan membeli secara online.

Kolaborasi juga dapat membantu dalam meningkatkan jenama dengan saling menumpang populariti yang ada pada jenama-jenama tersebut. Qaysaa Hijab yang pernah berkolaborasi bersama jenama Calacara dan pernah bersama-sama membuat sesi fotografi di Rome.

 

 

 

Mengulas tentang pemilihan model, pasangan suami isteri itu berpendapat bahawa model tersebut mesti mempunyai pesona paras rupa yang mampu menarik minat pembeli apabila menggayakan koleksi daripada Qaysaa Hijab.

 

Keluarga Tetap Menjadi Keutamaan

Sebagai ahli perniagaan sememangnya beliau dan suami sangat sibuk. Hanya dapat meluangkan masa bersama anak-anak pada waktu malam. Namun, mereka akan merancang aktiviti hujung minggu lebih awal.

“Setiap ahli perniagaan perlu sentiasa juggling, tetapi jangan sampai terjatuh. Kerana apabila seseorang itu telah melibatkan diri dalam dunia perniagaan mereka akan tahu macam mana cara untuk menguruskan setiap perkara.”

 

To achieve the best, you must go through the worst…

Berkongsi mengenai cabaran dalam berbisnes, suaminya sangat tidak gemar dengan isu copy cat iaitu meniru rekaan orang lain seperti yang mereka pernah alami. Melalui direct message di laman instagram, pelanggan tersebut mengadu tentang pakaian yang dibeli daripada jurujual yang mengaku sebagai ejen Qaysaa Hijab itu tidak berkualiti. Walhal, jurujual tersebut bukanlah ejen yang berdaftar.

“Ada juga yang meniru rekaan kami dengan membeli sehelai pakaian daripada website Qaysaa Hijab kemudian dibawa ke kilang untuk ditiru rekaannya. Malahan mereka turut mengambil gambar-gambar kami untuk diiklankan dan menjual pakaian dengan kualiti material yang sangat berbeza.”

 

 

Siti Saadiah dan suami menyedari akan kesan terhadap jualan lalu mereka memberitahu tentang isu tersebut kepada pelanggan menerusi laman instagram dan facebook milik Qaysaa Hijab. Kualiti material sentiasa dijaga supaya pelanggan dapat membezakan antara original dan tiruan.

Penggunaan safeguard melalui intelektual properties organization juga merupakan salah satu cara bagi mengatasi isu ini. Mereka yang menyalahgunakan gambar dan design akan diambil tindakan undang-undang sivil kerana Qaysaa Hijab memiliki copy right yang berdaftar.

Pembekal juga mungkin menjadi salah satu punca dimana menurut pengasas Qaysaa Hijab, terdapat pembekal yang sewenang-wenangnya menaikkan harga sedangkan tiada nilai tambahan kepada produk. Maka dia berpendapat untuk mencari dan mempunyai pembekal baru sebagai persediaan jika mengalami masalah yang tidak diingini berlaku.

 

 

Foto — instagram @saayahya