Bermula Dari Bekerja di Kilang, Jejaka Tampan Ini Kini Berjaya Meluaskan Empayarnya Ke Serata Dunia

Bermula Dari Bekerja di Kilang, Jejaka Tampan Ini Kini Berjaya Meluaskan Empayarnya Ke Serata Dunia

Out & About

“Tudung labuh tidak semestinya untuk golongan wanita berumur. Wanita muda juga boleh menggayakan tudung labuh asalkan tudung tersebut cantik.” – Jimmy.

Processed with VSCO with a6 preset

Kilang Jahitan Menjadi Titik Mula

Siapa sangka jejaka muda berusia 25 tahun ni berjaya menghasilkan jenama tudungnya sendiri, JimmyScarves. Idea tercetus ketika Jimmy atau Muhammad Azim Bin Mat Noor bekerja di kilang jahitan kakaknya setelah menamatkan pengajiannya di UITM Shah Alam pada tahun 2016. Jimmy yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah mula bergiat dalam industri fesyen muslimah pada tahun 2017. 

Kenapa Tudung Labuh?

Mengatur langkah yang bijak, Jimmy membuat kajian dan pemerhatian terlebih dahulu dari pelbagai aspek terutamanya jenis tudung yang mendapat permintaan ramai. Inspirasi untuk menghasilkan produk tudung labuh pelbagai corak datang apabila dia menyedari tudung jenis labuh bercorak pada ketika itu tidak mempunyai banyak pilihan dalam pasaran. Tambahan pula, jejaka muda ini juga ingin menarik minat lebih ramai muslimah diluar sana tidak mengira usia tua atau muda. Lebih menarik, JimmyScarves akan mengeluarkan lebih banyak koleksi tudung labuh dan setiap tudung labuh instant dan shawl labuh instant mempunyai corak yang berlainan supaya pelanggan mempunyai lebih banyak pilihan.

edit 2

Tiada Rakan Kongsi, Tiada Masalah

Pada awalnya, JimmyScarves hanya beroperasi secara dalam talian. Pada May 2018, dia berjaya menubuhkan sebuah butik yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan. Kini Jimmy mempunyai 5 orang pekerja serta stokis dan ejen bagi melancarkan perniagaannya. Kebiasaannya perniagaan tudung atau pakaian muslimah di Malaysia dterajui oleh 2 atau lebih rakan kongsi namun tidak bagi JimmyScarves. Segala-galanya perlu diuruskan oleh Jimmy sendiri baik dari segi perancangan syarikat mahupun dalam membuat sesuatu keputusan. Hal ini membuatkan Jimmy untuk lebih berhati-hati dalam membuat segala perancangan dan keputusan.

IMG_0372

Rupa-Rupanya Apa Yang Dipelajari Jimmy….

Apa yang lebih menarik ialah Jimmy menggunakan nilai kemahirannya menggunakan Photoshop yang dipelajari suatu ketika dahulu sewaktu zaman universiti. Rupa-rupanya apa yang dipelajari Jimmy boleh diterjemahkan dengan bijak ke dalam industri fesyen muslimah. Oleh sebab kekurangan pekerja, Jimmy mengambil inisiatif untuk meluangkan lebih banyak masa untuk memikirkan tentang idea yang kukuh dan melakukan kerja-kerja reka bentuk grafik. Walau sedemikan, pekerja juga banyak membantu dari segi idea dan urusan berkaitan reka bentuk grafik dalam menerajui empayar JimmyScarves.

img3

Ingat Tudung Labuh, Ingat JimmyScarves

JimmyScarves bercadang untuk membuka lebih banyak butik di setiap negeri di Malaysia pada masa akan datang. Jimmy juga bercadang untuk mempunyai kumpulan pengurusan yang bekerja keras dan powerful bagi melancarkan lagi urusan perniagaan JimmyScarves. Bagi Jimmy, kepercayaan dan hubungan baik dengan ahli kumpulan adalah penting begitu juga dengan komunikasi. Jimmy juga sering berjumpa dengan ejen-ejen JimmyScarves untuk berbincang dan bertukar pendapat. Selain dari itu, JimmyScarves bercadang untuk mengadakan majlis pelancaran bagi mewujudkan kesedaran tentang produk tudung labuh di Malaysia.