“Betul Ke Nak Jual Telekung?” — Dulu Hobi, Kini Menjana Side Income 5 Angka Sebulan! Ikuti Kisah Pengasas Telekung Ini.

“Betul Ke Nak Jual Telekung?” — Dulu Hobi, Kini Menjana Side Income 5 Angka Sebulan! Ikuti Kisah Pengasas Telekung Ini.

Out & About

BERMULA dari hobi kini menjana pendapatan 5 angka sebulan! Dia bekerja sepenuh masa di Oil & Gas hampir 10 tahun lamanya. Tekad menjadikan hobinya sebagai bisnes part time 3 tahun yang lalu. Dan kini masih rancak mengorak langkah dalam perniagaannya yang berasaskan telekung.

 

NUR ZAHIRAH ZULHAIMI, 30 tahun, merupakan pengasas jenama TELEKUNG D’FLEUR yang begitu gemar mengumpul koleksi telekung suatu ketika dahulu. Mula jatuh cinta dengan hobinya dan dari situ segalanya bermula dimana NUR ZAHIRAH mula mengatur langkah mencari pembekal produk jualannya.

 

Ayuh Ohfesyen kongsikan bagaimana segalanya bermula.

 

 

Buah tangan akhirnya membuahkan hasil

 

Percutian di Indonesia pada 2014 menjadi titik mula dimana dia menemukan material telekung yang lembut dan ‘breathable’. Pada mulanya dia hanya ingin berkongsi dengan keluarga dan rakan-rakan tetapi siapa sangka dengan hanya berkongsi bersama tersayang akhirnya membuahkan hasil.

Langkah demi langkah dia mula menjual telekung bercorak untuk mencipta kelainan. Walaupun pada mulanya agak sukar, misalnya kekurangan pekerja, wanita muda ini tetap yakin untuk meneruskan keinginannya dengan penuh semangat

 

 

 

 

Perniagaannya mula beroperasi pada tahun 2015. Material produk yang digunakan tidak ada di Malaysia, maka dia perlu mengimport produknya dan mengolah sedikit buah fikiran bagi menghasilkan telekung yang berkualiti tinggi serta mendapat tempat dihati pelanggan.

Bersyukur mendapat sokongan dari ahli keluarga dan rakan taulan malah menerima maklum balas yang baik dari pelanggan. Ianya cukup membuat Zahirah berasa gembira dan menyemarakkan lagi semangatnya dalam mengorak langkah bergelar usahawan muda berjaya.

 

 

 

 

 

Bukan sekadar impian untuk membuka syarikat sendiri, dia kini sedang menjalani program keusahawanan bagi memperbaiki diri dalam bergelar usahawan.

Walaupun menjalankan perniagaannya secara kecil-kecilan di rumah namun sasarannya adalah untuk menyediakan telekung yang lembut selesa serta cantik supaya dapat membantu wanita Muslim beribadah dengan lebih baik dan penuh keselesaan dimana sahaja.

 

 

 

 

Lebih menarik, dia hanya mengupah jiran-jirannya yang tidak bekerja seperti suri rumah untuk membantu menguruskan perniagaannya. Katanya lagi, dia berasa seronok kerana sedikit sebanyak dapat membantu mereka menjana duit poket sampingan dan berharap dapat membantu lebih ramai kelak.

 

 

 

Segalanya perlu diatur lebih teliti. Koleksi rekaan terbaru akan dikeluarkan setiap 2 bulan bagi memastikan bisnes sentiasa aktif supaya pelanggan dapat mengikuti perkembangan terkini.

 

 

 

 

D’Fleur di masa akan datang 

Mengulas tentang perancangan perniagaan, Zahirah bakal mengeluarkan produk telekung dalam bentuk pakej hantaran dan menghasilkan telekung travel bagi memudahkan pelanggan membawa telekung kemana sahaja.

 

Malah dia juga bercadang untuk berkolaborasi bersama jenama lain pada masa hadapan. Segalanya perlu mengatur langkah yang betul, “well planning is important as im doing it as part time”.

Bijak menterjemahkan ilmu diperoleh dari kariernya di Oil & Gas ke dalam bidang perniagaannya. Walau sedemekian, pelanggan tetap menjadi keutamaan buat Zahirah.

 

 

Instagram : @telekung_dfleur

Facebook : @telekung.dfleur