BringMeBag dari VeryMe, Mini Pouch Viral Ini Serbaguna. Khas Untuk Wanita Yang Sering Hilang Barang!

BringMeBag dari VeryMe, Mini Pouch Viral Ini Serbaguna. Khas Untuk Wanita Yang Sering Hilang Barang!

Out & About

Mungkin ada sesetengah yang merasakan inner tudung adalah perkara minor dalam dunia fesyen muslimah namun ia sebenarnya mampu memberi impak yang besar dalam dunia fesyen muslimah masa kini.

Mengulas tentang inner tudung, VeryME merupakan jenama terbaru di pasaran dan bakal di lancarkan pada majlis pelancaran nanti yang bertarikh 16 November 2018.

Pssttt!! Dah tengok video eksklusif VeryMe bersama Ohfesyen ?? Kalau belum cepat tengok sebab kamu mungkin berpeluang untuk mendapatkan Set Very Me secara PERCUMA! Klik link di bawah ini!

Ohfesyen X VeryMe

VeryMe, BE VERY YOU

Foto — instagram @veryme.official

Asalnya, VeryMe bermula dengan konsep yang tulen, tidak terikat dan bebas. Matlamat VeryMe adalah untuk menyediakan kepada pelanggan mereka inner yang moden, selesa dan mempunyai fungsi yang tersendiri. 

VeryMe itu sendiri adalah jenama fesyen muslimah yang menekankan kepada reka bentuk yang moden, berfungsi dan boleh diterima ramai. Kaedah tradisional dan teknik terbaru bergabung untuk menghasilkan satu koleksi yang tidak lapuk dek zaman.

Pasukan kreatif VeryMe sangat komited untuk menyediakan pelanggan mereka dengan produk dan perkhidmatan terbaik dalam pelbagai saluran dan cara.

 

 

Snowcap & Ninja Neck Buat Si Pemakai Kelihatan Kurus

VeryMe telah menghasilkan 2 jenis inner yang berbeza bagi memenuhi kehendak fesyen muslimah di Malaysia iaitu snowcap dan ninja neck. VeryMe snowcap dicipta bagi mereka yang lebih memilih untuk menggunakan inner yang tidak menutupi leher manakala VeryMe ninja neck dicipta bagi mereka yang mengingikan inner yang menutupi leher mereka. Keistimewaan VeryMe ninja neck adalah ia akan membuatkan muka si pemakai kelihatan lebih kurus! Kedua-dua inner ini mempunyai fugsinya yang tersendiri mengikut cita rasa pengguna dan kesesuaian dalam penggayaan hijab.

Foto — instagram @veryme.official

Selain itu, VeryMe menggunakan kapas tulen yang penuh dengan sentuhan, lembut, sejuk, menyerap kelembapan, lapang, antistatik, segar dalam kilaun dan sangat baik dari segi kualitinya yang membuatkan si pemakai berasa sangat nyaman. Material yang digunakan untuk menghasilkan inner yang berkualiti ini adalah 91% viscose dan 9% spandex.

VeryMe snowcap dan ninja neck didatangkan dengan 3 pilihan warna yang berbeza iaitu hitam, kelabu dan ungu. Hitam dan kelabu merupakan warna tetap manakala ungu adalah limited. Pemakai boleh menggayakan VeryMe mengikut kesesuain warna hijab atau shawl mereka. Apa yang uniknya tentang VeryMe ini adalah ia mempunyai hanya satu saiz namun muat untuk semua jenis bentuk muka. Seperti inner-inner yang lain, pemakai disarankan untuk mencuci VeryMe dengan menggunakan cucian tangan agar kualiti VeryMe dapat dipelihara dengan baik.

 

 

BRINGMEBAG – THE FIRST POUCH OF INNER BRAND

Mungkin ramai berpendapat produk VeryMe ini tiada bezanya dengan produk inner yang terdapat di pasaran tetapi kamu mungkin silap! VeryMe mengetengahkan idea-idea baru agar dapat bersaing secara sihat dengan produk inner tudung yang terdapat di pasaran. Oleh itu, VeryMe memperkenalkan satu lagi produk yang lain dari yang lain iaitu BringMeBag.

Apa itu BringMeBag? Ianya adalah sebuah bag kecil atau mini pouch yang direka khas untuk pelanggan VeryMe

Foto — instagram @veryme.official

Set A – 1 VeryMe ninja neck + 2 VeryMe snowcap + 1 BringMeBag

 

BringMeBag didatangkan dengan 8 pilihan warna yang berbeza yang memberi makna tersendiri. Fungsi utama BringMeBag ini adalah untuk menyimpan inner lebih-lebih lagi bagi mereka yang melakukan aktiviti harian yang aktif.

Foto — instagram @veryme.official

Set B – 2 VeryMe ninja neck + 1 BringMeBag

Foto — instagram @veryme.official

Set C – 4 VeryMe snowcap + 1 BringMeBag

Lebih menarik, BringMeBag juga boeh dijadikan sebagai mini makeup bag, powerbank, duit syiling dan sebagainya mengikut kreativiti masing-masing.

Foto — instagram @veryme.official

Ketiga-tiga set ini boleh dibeli dengan harga RM78.00 setiap satu. Bagi mereka yang tidak mahu membeli pakej yang disediakan VeryMe ini, kamu boleh membeli VeryMe inner secara berasingan dengan harga RM 19.50 bagi VeryMe snowcap dan RM 39.00 bagi Very Me ninja neck.

Dimana boleh dapatkan produk VeryMe ini ? Kamu boleh klik link dibawah untuk membeli produk ini!

Very Me – The First Pouch Of Inner

Gunakan kod OHFESYEN201810 untuk mendapatkan diskaun 10% bagi pembelian set VeryMe!