Bukan Mudah Nak Jadi Jurusolek. Jika Tiada 3 Elemen Ini Lupakan Sahaja Angan-Angan Menjadi MUA.

Bukan Mudah Nak Jadi Jurusolek. Jika Tiada 3 Elemen Ini Lupakan Sahaja Angan-Angan Menjadi MUA.

Makeup

Mungkin masih ada yang tidak tahu perlunya tiga elemen penting ni dalam solekan dan yang perlu ada pada sesorang jurusolek atau MUA. Tiga elemen tersebut adalah kemahiran (skill), item dan kualiti. Seorang pegguna Twitter, @NabellaAnuar telah berkongsi ilmu tentang perbezaan antara ketiga-tiga elemen ini. Jadi Ohfesyen akan kongsikan pula kepada pembaca Ohfesyen tentang kemahiran, item dan kualiti jurusolek.

KEMAHIRAN (SKILL)

Perkara pertama yang dijelaskan oleh Kak Belle adalah tentang kemahiran solekan. Menurut Kak Belle, jika sesorang itu mempunyai kemahiran solekan yang hebat, solakannya tetap akan nampak sempuran walaupun menggunakan produk dari drugstore yang harganya berpatutan dan mampu milik. Namun, jika kemahiran solekan itu tiada, gunalah produk mahal mana sekalipun, solekannya tetap tidak kelihatan begitu cantik dan sempurna.

Tambah Kak Belle lagi, kemahiran solekan jurusolek atau MUA adalah sangat berlainan dengan kemahiran solekan orang biasa. Hal ini kerana orang biasa akan menyolek muka mereka sendiri jadi mereka sudah tahu apa yang perlu dilakukan. MUA pula akan menyolek pelbagai jenis bentuk muka, warna kulit dan jenis kulit muka.

Jadi, jika kemahiran itu tiada, maka kelaut la hasil solekan itu nanti. Disebabkan itu jugalah caj perkhidmatan jurusolek mahal. Mereka perlu mempertingkatkan kemahiran mereka yang bukan boleh diperoleh dengan sekelip mata dengan pengalaman-pengalaman mereka menyolek muka pelanggan mereka.

Selain itu, kemahiran mengadun solekan atau blending juga amat penting. Jika sesorang itu tidak mempunya kemahiran blending, Kak Belle nasihatkan untuk lupakan sahaja niat untuk menjadi jurusolek. Blending memang nampak mudah tetapi yang mudah itulah yang jika tiada kemahiran dan teknik yang betul akan membuatkan solekan nampak cacat.

ITEM

Jurusolek akan menyolek pelbagai jenis muka dan warna kulit. Jadi item yang digunakan juga haruslah pelbagai. Untuk bedak asas sahaja atau foundation, mereka perlu melabur dengan membeli sekurang-kurangnya 20 tona warna yang berbeza dan jenis bedak asas juga pelbagai : matte, dewy, separa dewy, litupan penuh dan sebagainya.

Item yang digunakan pula haruslah yang berkualiti tinggi dan legit. Selain itu, berus solek juga mempunyai pelbagai jenis dan fungsi kegunaan.

Walaubagaimanapun, jurusolek perlu melabur untuk membeli pelbagai jenis item kerana jenis-jenis solekan juga pelbagai mengikut citarasa dan permintaan pelanggan seperti contoh, solekan natural, solekan Bollywood, solekan romantic dan pelbagai lagi. Setiap jenis solekan memerlukan pelbagai jenis item yang berbeza dan untuk mendapatkan hasil yang diingini haruslah memiliki kemahiran.

KUALITI SOLEKAN

Kuliti solekan yang dimaksudkan oleh Kak Belle adalah jika seorang jurusolek itu mempunyai kemahiran yang bagus, item yang digunakan juga berkualiti dan solekan mereka tidak bercapuk dan tahan lama walaupun sudah berpeluh 8 hingga 10 jam.

Tetapi jika seseorang jurusolek itu mempunyai kemahiran yang kurang, solekan mereka mungkin akan nampak cantik tetapi hanya dapat bertahan dalam 1 hingga 2 jam sahaja. Jadi, disebabkan itulah sesetengah jurusolek meletakkan harga yang tinggi kerana bagi menghasilkan solekan yang berkualiti tahan lama dengan kemahiran dan item yang bagus itu bukan mudah.