Bukan Sekadar Melaram & Berswafoto, Ini 11 Peranan Sebenar Seorang Bridesmaid Yang Baik!

Bukan Sekadar Melaram & Berswafoto, Ini 11 Peranan Sebenar Seorang Bridesmaid Yang Baik!

Wedding

Congrats, you are a bridesmaid! 

Bukan-Sekadar-Melaram-&-Berswafoto-Ini-11-Peranan-Sebenar-Seorang-Bridesmaid-Yang-Baik-!-2

Selain berdandan rapi dan berswafoto, banyak lagi peranan atau tugasan penting yang perlu dibuat oleh bridesmaid bagi memudahkan urusan ratu sehari aka teman baikmu. Ramai perempuan yang masih kurang jelas dengan ‘jobscope’ mereka sebagai seorang bridesmaid dan hanya tahu melaram. Ingat, it’s your BFF’s big day, not yours. Bitter truth. 

Andai kata kamu berasa berat hati untuk memikul tanggungjawab tersebut, berterus terang saja dengan rakan baikmu itu supaya tidak berlaku pertelingkahan dua belah pihak. Beri alasan yang munasabah dan mungkin dia faham situasi kamu.

Worry not, Ohfesyen kongsikan apa yang perlu kamu buat untuk menjadi the best ever bridesmaid!

Bukan-Sekadar-Melaram-&-Berswafoto-Ini-11-Peranan-Sebenar-Seorang-Bridesmaid-Yang-Baik-!-6

1.   Jadi Personal Assistant of the day

Di hari penting BFF sebagai ratu sehari pasti membuatkan dia serba kelam kabut, nervous dan sebagainya. Elakkan situasi tersebut berlaku dan kamu sebagai bridesmaid perlu bantu dia mengurangkan tekanan dengan cara menguruskan telefon pengantin untuk menjawab segala panggilan dan mesej. Mungkin dari makeup artis atau tetamu yang ingin bertanyakan lokasi majlis jika sesat. Jangan pula kamu sebarkan kata laluan handphonenya!

Bukan-Sekadar-Melaram-&-Berswafoto-Ini-11-Peranan-Sebenar-Seorang-Bridesmaid-Yang-Baik-!-9

2.   Tenangkan fikirannya

Mungkin akan ada serba serbi kekurangan yang boleh membuatkan BFFmu serabut. Inilah masanya untuk kamu tenangkan fikirannya. Cuba tanya apa yang boleh kamu bantu atau hidupkan suasana meriah supaya dia kekal tenang dan bahagia di hari penting buatnya.

Bukan-Sekadar-Melaram-&-Berswafoto-Ini-11-Peranan-Sebenar-Seorang-Bridesmaid-Yang-Baik-!-1

3.   Flow of event

Sangatlah penting untuk kamu ambil tahu tentang flow of event supaya kamu lebih bersedia dengan sebarang kemungkinan. Tak ada lah masing-masing blur dengan apa yang berlaku pada hari kejadian.

Bukan-Sekadar-Melaram-&-Berswafoto-Ini-11-Peranan-Sebenar-Seorang-Bridesmaid-Yang-Baik-!-8

4.   Jaga makan & minum pengantin

Biasalah bila pengantin terlampau sibuk, makan minum pun tak hirau. Tak ada selera katanya. Jadi, kamu sebagai bridesmaid yang terbaik perlu mengingatkan dan pastikan dia makan dan minum sebelum bersiap supaya ada tenaga sepanjang hari tersebut.

Bukan-Sekadar-Melaram-&-Berswafoto-Ini-11-Peranan-Sebenar-Seorang-Bridesmaid-Yang-Baik-!-4

5.   Persiapan awal

Bantu pengantin menyediakan busana seperti seterika tudung, veil, sediakan kasut dan busana pengantin. Jangan pula kamu datang lewat. Tugas kamu untuk membantu BFF ok!

Bukan-Sekadar-Melaram-&-Berswafoto-Ini-11-Peranan-Sebenar-Seorang-Bridesmaid-Yang-Baik-!-10

6.   Part time makeup artis

Mekap artis tak akan berada bersama pengantin sepanjang masa, jadi kamu sebagai bridesmaid yang perlu memastikan solekan BFFmu itu sentiasa on fleek. Pegang span untuk touch up solekannya ketika dia berpeluh atau muka mula berminyak. Hanya dab pada tempat yang bercapuk. Jangan guna tisu sebab ia akan merosakkan lagi solekan pengantin.

Bukan-Sekadar-Melaram-&-Berswafoto-Ini-11-Peranan-Sebenar-Seorang-Bridesmaid-Yang-Baik-!-5

7.   Ringan tulang 

Gunakan waktu lapang kamu untuk bantu keluarga pengantin. Contohnya, edar doorgift, sambut tetamu atau mungkin kamu boleh tanya ahli keluarga pengantin jika ada yang boleh dibantu. Tak ada lah orang kata bridesmaid ini pemalas.

Bukan-Sekadar-Melaram-Berswafoto-Ini-11-Peranan-Sebenar-Seorang-Bridesmaid-Yang-Baik-

8.   Emergency Kit!

Tolong sediakan safety pin, plaster dan sebagainya supaya kamu dapat menangani situasi tak diingini berlaku. Andai kata kaki pengantin melecet dek kerana kasut tumit tinggi, kamu boleh menampal plaster buat sementara waktu. Lebih-lebih lagi kalau BFFmu itu kurang biasa dengan kasut bertumit tinggi.

Bukan-Sekadar-Melaram-&-Berswafoto-Ini-11-Peranan-Sebenar-Seorang-Bridesmaid-Yang-Baik-!-12

9.   Jaga penampilan pengantin

Antara baju atau veil atau kedua-duanya pasti meleret. Bantu pengantin mengangkat veil atau busananya ketika mengiringi mereka. Tak ada lah pengantin tersadung nanti.

Bukan-Sekadar-Melaram-&-Berswafoto-Ini-11-Peranan-Sebenar-Seorang-Bridesmaid-Yang-Baik-!-11

10.   Jaga hantaran atau barang berharga

Jangan asyik berswafoto je, be aware dengan si panjang tangan juga. Hantaran pengantin terutamanya yang selalu menjadi perhatian ramai. Perhatikan setiap barang hantaran supaya tak ada yang hilang. Barang peribadi pengantin juga perlu disimpan di tempat paling selamat. Begitu juga barang kamu the bridesmaids.

Bukan-Sekadar-Melaram-&-Berswafoto-Ini-11-Peranan-Sebenar-Seorang-Bridesmaid-Yang-Baik-!-7

11.   Sesi fotografi dan videografi

Outdoor photoshoot session especially. Selain bawa emergency kit kemana sahaja, kamu juga boleh bantu pengantin dengan busananya yang meleret. Betulkan posisi kain leret itu supaya jadi lebih cantik dalam gambar. Jika BFFmu itu seorang yang kekok berposing, kamu sebagai bridesmaid perlu bantu dia membetulkan postur bentuk tubuhnya. 

Love, Wawa Adam