Cantik Semulajadi Dengan 10 Makanan Ini. Salah Satunya Coklat!

Cantik Semulajadi Dengan 10 Makanan Ini. Salah Satunya Coklat!

Kecantikan

You are what you eat.

Foto — instagram @kendalljenner

 

Benar sekali. Selain produk kecantikan, pengambilan makanan juga boleh memberi kesan terhadap tubuh badan kita. Seeloknya kawal cara pemakanan untuk fizikal yang cantik. Tetapi ini tak bermakna kamu perlu menahan diri dari segala craving. Girls especially.

Cuba tambah dan olah makanan dibawah ini dalam rutin makanan harian kamu. Percayalah, lama-kelamaan you akan jatuh cinta!

#1 Strawberry 

Strawberry memperlahankan tanda-tanda penuaan. Bukan sahaja kaya dengan Vitamin C yang membantu mengelakkan garis dan kedutan, ia juga dapat memutihkan gigi jika disagat pada gigi anda.

#2 Blueberry

  

Blueberry kaya dengan Vitamin C dan E. Ia adalah antioksida yang bukan sahaja dapat menyerikan kulit, tetapi juga dapat mengurangkan kemerahan dan meratakan tona kulit yang tidak sekata.

#3 Pisang 

Pisang dapat memberi tenaga kerana ia kaya dengan vitamin B6, kalium dan juga asid folik. Nutrien ini dapat memperbaiki perjalanan darah ke otak. Pisang juga boleh membuatkan kulit kamu selembut kulit bayi.

#4 Kale 

Kubis kerinting ini membekalkan badan kita dengan vitamin K yang dapat memperbaiki pembekuan darah. Ia juga memberi zat besi yang secukupnya kerana kekurangan zat besi akan membuatkan kita nampak kurang bermaya.

#5 Brokoli 

Bermacam jenis resipi yang boleh dibuat dengan brokoli. Kukus adalah cara terbaik supaya khasiatnya tak hilang. Sayur hijau yang berbentuk bunga ini kaya dengan vitamin C yang boleh menambah baik saluran darah. Banyakkan mengambil Vitamin C untuk kekal awet muda. Serat yang terkandung juga dapat membantu pencernaan yang baik.

#6 Lemon 

Lemon juga kaya dengan Vitamin C dan serat-serat yang lain. Kajian menunjukkan buah lemon dapat membantu dalam sistem penghadaman, menurunkan berat badan, mengurangkan risiko sakit jantung, anemia dan kanser. Jus lemon juga dapat menyegarkan bau nafas. Jadi, jangan lupa mulakan hari kamu dengan segelas air lemon panas!

#7 Teh hijau asli

Selain boleh kurus, kandungan antioksida yang terkandung dalam teh hijau ini juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser seperti kanser payudara, usus dan kelenjar. Lebih menarik, teh hijau juga sebenarnya dapat meningkatkan fungsi otak dan membuatkan kamu lebih bijak.

#8 Kopi 

Walaupun pahit, kopi juga mempunyai banyak kebaikannya. Antaranya adalah ia dapat mencegah kanser. Kopi memiliki sebatian semulajadi yang dapat melindungi kulit daripada melanoma (kanser kulit).

#9 Avokado

Tak ramai yang gemar dengan avocado. Tahukah kamu avocado ini mampu membuatkan kulit kamu kelihatan muda dari usia? Kandungan fatty acid oleic yang terkandung dalam buah ini dapat membantu kulit mengekalkan kelembapan, kulit menjadi lebih lembut dan muda.

#10 Dark Chocolate

Who’s on earth doesn’t love chocolate? Pengambilan yang terlalu banyak mungkin boleh menyebabkan obesiti. Tetapi kandungan antioksidan dalam dark chocolate yang dikenali sebagai flavanols mengurangkan kekasaran pada kulit dan memberikan perlindungan matahari. Menurut kajian Nutrien, antioksidan koko dapat melindungi kulit dari tekanan oksidatif, yang dapat menyebabkan penuaan kulit pramatang. Coklat juga merupakan sumber utama pre dan probiotik untuk membantu menyembuhkan usus dan mengurangkan keradangan.

Love, Wawa Adam