CARA-CARA MEMASTIKAN KULIT TIDAK KERING KETIKA BERPUASA!

CARA-CARA MEMASTIKAN KULIT TIDAK KERING KETIKA BERPUASA!

Kecantikan

Jangan abaikan kulit muka walaupun di bulan Ramadhan. Sebulan lagi kita bakal meraikan aidilfitri tau!       

Image result for girl dry skin gif

Ketika berpuasa kulit menjadi lebih mudah kering kerana tidak mendapat air yang secukupnya pada siang hari. Keadaan ini lebih teruk bagi individu yang tidur dalam bilik berhawa dingin selepas seharian bekerja di pejabat yang sejuk. Kekurangan air juga memberi kesan tersendiri pada badan dan keadaan kulit terutama kulit muka. Kulit muka menjadi kusam, kasar dan kering.

Antara tanda kulit kering adalah terbentuk garis kedut halus, terutama di tulang pipi, sekitar mata dan dahi diiringi rasa gatal dan kemerahan pada kulit. Apabila keadaan ini dibiarkan terlalu lama, sel kulit akan mati hingga menggelupas seterusnya menjadi kusam.

Bagaimanapun, usah bimbang kerana keadaan itu dapat diatasi dengan banyak cara, malah masalah ini boleh dikurangkan dengan menjauhkan diri dari punca menyebabkan kulit kering seperti menghindari tempat panas atau sejuk yang ekstrem.

Berikut antara langkah yang boleh diamalkan untuk mengelakkan kulit kering ketika berpuasa:

 

#1 Minum Air Kosong

Image result for glass of water gif

Minum banyak air kosong ketika bersahur dan selepas berbuka. Air bukan hanya menghidrat dan melembapkan kulit, malah membuatkan anda dapat menahan lapar serta berfungsi dengan baik sepanjang hari.

Secara purata tubuh memerlukan lapan gelas air sehari. Elakkan minuman seperti kopi dan teh kerana ia bersifat diuretik atau mendorong pengeluaran air kencing. Anda juga boleh makan buah-buahan segar ketika berbuka atau bersahur untuk menambah kandungan air dalam tubuh.

Apabila pergi ke surau atau masjid untuk solat Tarawikh, bawalah sebotol air. Anda boleh minum selepas selesai rakaat kedua, keempat, keenam dan seterusnya. Melalui cara ini, anda dapat menambah pengambilan air secara sedikit demi sedikit.

 

#2 Kurangkan Memakai Mekap 

Image result for rihanna makeup gif

Jika anda seorang yang gemar memakai solekan tebal, seeloknya kurangkan sepanjang bulan Ramadan ini. Selain mengelakkan kulit kering, ia dapat merehatkan kulit dari bahan kimia yang terkandung dalam produk kosmetik anda.

 

#3 Sentiasa Memakai Pelembap Pada Wajah & Badan

Image result for girl moisturizer gif

Pelembap wajah dan badan adalah sebahagian perawatan yang sangat penting ketika berpuasa. Gunakan kosmetik atau krim perawatan yang mengandungi pelembap untuk mengekalkan kelembapan kulit dan pakai krim khas melembapkan bagi memaksimumkan fungsinya.

 

#4 Amalkan Makanan Sihat

Image result for eating vegetable girl gif

Selain melakukan penjagaan luar, anda boleh menjaga kesihatan dan kulit dari dalam dengan mengambil makanan yang kaya dengan serat seperti salad, buah, kekacang, ikan dan makanan berserat lain agar kulit sentiasa sihat sepanjang Ramadhan.

 

#5 Amalkan makan Yogurt & Oat

Related image

Yogurt dan oat antara makanan yang baik untuk kesihatan. Kandungan protein yang tinggi dalam yogurt dan oat dapat memberi nutrisi pada kulit secara optimum. Ambil semasa sahur atau berbuka malah jadikan pengambilan yogurt dan oat untuk kekalkan kulit anda berseri.

 

Jadi sememangnya, kecantikan dan penjagaan kulit wajah amat penting terutama bagi kaum wanita, namun pada bulan mulia ini juga sewajarnya kita meaningkatkan kecantikan rohani dengan menggandakan amal ibadat, menjaga semua perkara yang boleh menjejaskan kualiti puasa khususnya percakapan, pemikiran, penglihatan, pendengaran dan lintasan hati.

Selamat beramal!

Love, Nabila Hisham ❤️