Cara pakai shawl terkini ala Heliza Helmi

Cara pakai shawl terkini ala Heliza Helmi

Tutorial Hijab

Video dari EDZ.com.my

Langkah-langkah Memakai Shawl

Langkah Pertama

  • Memakai inner neck adalah perkara pertama yang wajib sebelum memakai shawl agar bahagian leher tidak terdedah.

Langkah Kedua

  • Kemudian, pakai shawl dengan kiri pendek dan kanan panjang atau sebaliknya.

Langkah Ketiga

  • Bawa shawl kebelakang dan pinkan. Sesetengah orang mungkin akan guna peniti sahaja, tapi saya mencadangkan kamu memakai pin supaya ianya tidak tercabut.

Langkah Keempat

  • Ambil bahagian shawl yang panjang tadi dan lilitkan diatas kepala. Kemudian letakkan peniti di bahagian tepi.

Langkah Kelima

  • Letak peniti pada bahagian yang menampakkan inner untuk kelihatan lebih kemas.

Langkah Keenam

  • Kemaskan shawl mengikut keselesaan kamu dan siap ! Kamu juga boleh letakkan peniti pada bahu supaya shawl tidak jatuh atau bergerak . Senang kan ?

Selamat Mencuba 😉