Cinderella in Real Life: Transformasi Zendaya Berjaya Membuktikan Watak Filem Dongeng Boleh Menjadi Kenyataan

Cinderella in Real Life: Transformasi Zendaya Berjaya Membuktikan Watak Filem Dongeng Boleh Menjadi Kenyataan

Artis

Met Gala, sebuah acara tahunan yang diadakan pada hari Isnin pertama bulan Mei adalah sebuah acara gala mengumpul dana untuk kepentingan Metropolitan Museum of Art’s Costume Institute di New York City. Jadi untuk tahun 2019 ini Met Gala telah berlangsung pada 6 Mei yang lalu dengan tema ‘Camp: Notes on Fashion’. Ramai selebriti dan bintang terkenal dari dunia fesyen, muzik, filem bahkan sukan hadir bagi memeriahkan lagi acara tahunan ini. Mereka tampil pada acara kapet merah dengan fesyen yang unik dan ekstravaganza! Yang menarik minat admin pada acara karpet merah Met Gala tahun ini ialah Zendaya yang berubah menjadi Cinderella!

Zendaya tiba pada acara karpet merah itu dengan ballgown Tommy Hillfinger yang kelihatan sedikit kusam berwarna biru dan hitam dengan lengan pouffy berwarna putih dan skirt A-line penuh. Namun begitu, hasil sentuhan magik dari tongkat sakti pari-pari Zendaya yang juga pereka gayanya pada malam itu, Law Roach, telah berjaya mentranformasikan ballgown Zendaya menjadi menawan dan kelihatan bersinar persis Cinderella dalam dunia Disney!

View this post on Instagram

#Zendaya #MetGala 2019 💛

A post shared by Fashion’s Biggest Night (@metgala2019_) on

Ia dilengkapkan lagi apabila Zendaya menggayakan rambutnya dengan gaya French twist berwarna blonde beserta headband dan rantai chocker bewarna hitam. Ditambah pula dengan clutch kereta-labu yang bersinar dan yang paling penting kasut kaca yang menjadi simbol ikonik Cinderella membuatkan Zendaya benar-benar kelihatan seperti puteri dari siri filem Disney itu. Zendaya juga sempat meninggalkan kasut kacanya di tangga karpet merah sama seperti babak yang terdapat dalam filem magikal itu. Agak-agak ada tak putera tampan yang mengambil kasut kaca Zendaya tu ye?

Khabarnya ballgown tersebut mengambil masa selama tiga bulan untuk disiapkan dengan tenaga kerja seramai lapan orang. Berat ballgown tersebut juga adalah lebih kurang 4kg kerana ia menggunakan 20 rod fiber karbon, 5 pek batter yang menghasilkan setengah kuasa kilowatt, 40 meter jalur cahaya LED dan 6000 titik cahaya yang boleh dikawal. Wow! Syabas buat pasukan pereka Zendaya kerana berjaya menghasilkan sebuah karya fesyen yang berteknologi dan penuh magis. Hasilnya juga ternyata amat membanggakan apabila Zendaya berjaya membawa watak Cinderella itu pada acara karpet merah Met Gala 2019.

Love, Shahirah Jasman