Clay Mask Dan Gel Mask Antara Produk Penting Dalam Rutin Penjagaan Kulit Muka.

Clay Mask Dan Gel Mask Antara Produk Penting Dalam Rutin Penjagaan Kulit Muka.

Kecantikan

Produk daripada jenama Freeman Beauty sudah tidak asing lagi bagi mereka yang mementingkan penjagaan kulit muka. Dalam setiap rutin penjagaan muka pasti akan diselitkan produk daripada jenama ini. Ramai juga blogger kecantikan yang menyarankan untuk menggunakan produk Freeman kepada sesiapa yang sedang dalam proses memulihkan kulit muka. Produk Freeman ini boleh didapati di semua Watsons, Guardian dan Sasa seluruh Malaysia serta di website Lush N’ Blush. Harga yang berpatutan dan kandungan produk yang banyak menjadikan produk ini sentiasa kehabisan stok kerana kelarisannya. Ohfesyen pada kali ini akan berkongsi beberapa produk Freeman Beauty yang mungkin dapat membantu mereka yang sedang dalam proses memulihkan kulit muka.

Oil Absorbing Mint+Lemon Clay Mask

Mengandungi tanah liat bentonit dan kaolin yang berfungsi untuk menyerap lebihan minyak dan mengecilkan pori manakala lemon dan pudina menyegarkan dan memulihkan kulit yang teriritasi. Kebaikan mask ini adalah dengan memberikan kesegaran kepada kulit muka dan mengawal jerawat.

Purifying Avocado+Oatmeal Clay Mask

Mengandungi avokado, oat dan vitamin E yang berfungsi membersihkan liang pori dan menjadikan kulit halus seperti sutera. Kebaikan mask ini adalah dengan membersihkan dan menyuburkan kulit agar lebih segar.

Anti-Stress Dead Sea Minerals Clay Mask

Mengandungi mineral laut mati dan garam laut yang berfungsi membersihkan liang pori manakala lavender dan bergamot memberikan kesan menenangkan. Kebaikan mask ini adalah dengan membersihkan liang-liang pori dan mengimbangi untuk pembaharuan kulit.

Rejuvenating Cucumber+Pink Salt Clay Mask

Mengandungi timun yang berfungsi untuk menghidupkan semula kulit manakala garam merah Himalaya mengeluarkan kekotoran untuk memperbaharui kulit. Kebaikan mask ini adalah mendetoks dan membersihkan liang pori dengan segera untuk memperbaharui kulit.

Hydrating Glacier Water+Pink Peony Gel Cream Mask

Mengandungi air glasier yang berfungsi menghidratkan kulit dan peony merah jambu yang berfungsi melegakan dan melembutkan kulit. Kebaikan mask ini adalah dengan melembutkan dan menenangkan kulit untuk kulit yang lebih berseri.

Renewing Cucumber Peel-Off Gel Mask

Mengandungi timun dan aloe yang menenangkan dan melembapkan kulit menjadikan kulit lebih lembut dan licin. Kebaikan mask ini adalah dengan memberi kesegaran untuk keremajaan kulit.

Revitalizing Pomegranate Peel-Off Gel Mask

Mengandungi campuran buah delima, acai, goji, mangga, manggis, cranberry, noni dan blueberry yang berfungsi untuk menjaga kulit daripada pencemaran dan radikal bebas. Kebaikan mask ini adalah dengan membersihkan liang pori untuk kulit yang lebih muda remaja.

Jadi yang mana satu pilihan kamu ?