Comel Apa? Koleksi Balenciaga x Crocs Digelar Kasut Paling Buruk Abad Ini

Comel Apa? Koleksi Balenciaga x Crocs Digelar Kasut Paling Buruk Abad Ini

Out & About

Comel Apa? Koleksi Balenciaga x Crocs Digelar Kasut Paling Buruk Abad Ini

Selepas beg toto dan beg biru Ikea, Balenciaga sekali lagi menjadi buah mulut pengkritik fesyen apabila salah seorang modelnya berjalan mengenakan kasut crocs di Minggu Fesyen Paris, bukan crocs biasa tetapi ini bertapak tebal.

Koleksi Balenciaga x Crocs

Foto – Daily Mail

Melalui temubual Elle bersama Michelle Poole dari Crocs, “Kami sangat teruja apabila pihak Balenciaga menghubungi kami. Kami tertarik dengan peluang keemasan ini, malah, melihat apa rekaan yang boleh dihasilkan bersama. Bekerja dengan Balenciaga sangat menyeronokkan dan mereka membuktikan kasut kami ini masih relevan dalam dunia fesyen kini.”

Foto – Daily Mail

Kerjasama ini menyaksikan tapak kasut Crocs yang biasa telah ditebalkan dan turut diletakkan tampalan berwarna-warni serta logo Balenciaga di atasnya.

Jika dilihat nampak comel tetapi tak tahu pula mata orang lain.

Walaubagaimanapun, kolaborasi Balenciaga dan Crocs mendapat tentangan hebat di kalangan pengguna Twitter. Ini antara reaksi mereka yang mempersoalkan koleksi ini.

With the Women Spring Summer 18 runway show, Balenciaga launches the “Foam” shoes, a 10 cm platform version of the iconic @Crocs clog. pic.twitter.com/TsjgjkllF2

With the Women Spring Summer 18 runway show, Balenciaga launches the “Foam” shoes, a 10 cm platform version of the iconic @Crocs clog. pic.twitter.com/TsjgjkllF2

Apa kata anda? Nak beli tak? Tapi nampak macam tak selesa pula kalau dah tinggi sebegitu sekali.

Kongsi dari : Wanista