Dapat Darjat Yang Tinggi Di Disi Allah, 5 Tip Bagi Mereka Yang Baru Berhijab

Dapat Darjat Yang Tinggi Di Disi Allah, 5 Tip Bagi Mereka Yang Baru Berhijab

Out & About

Apa juga perkara yang dilakukan mestilah didahului dengan  niat. Mungkin mudah bagi kita, namun membuat keputusan berhijab bukanlah perkara mudah bagi mereka yang baru hendak memulakannya. Lebih-lebih lagi bila diri dikelilingi mereka yang tidak berhijab. Ia perlukan lebih dari sekadar kekuatan. Jika kita melakukannya kerana NYA  InsyaAllah akan dipermudahkan urusan kita. Mudah-mudahan tips ini membantu bagi mereka yang hendak berhijrah ke jalan kebaikan.

1. Niat.

Perkara paling utama dalam berhijab adalah berniat dan memperbaiki niat. Anda tidak mula berhijab kerana sebuah perkahwinan, keluarga, rakan-rakan ,fesyen mahupun selebriti. Anda melakukannya kerana Allah. Kita bukan berhijab untuk menyenangkan hati makhluk tapi menyenangkan Allah. Seorang manusia yang baik akan sentiasa berusaha memperbaiki diri.

2. Mulakan Walaupun Perlahan

Seorang manusia yang baik akan sentiasa berusaha memperbaiki diri. Mungkin anda berasa sukar untuk memakai tudung yang labuh tapi anda boleh memulakan memakai tudung. Mungkin anda belum bersedia dengan lengan panjang tapi anda boleh memakai lengan tiga suku. Berikan masa seperti sebulan, kemudian dua bulan dan seterusnya. Apa yang penting adalah sentiasa ada penambahbaikan.

3. Persediaan

Apabila anda mula berhijab, anda juga mula tidak membeli-belah seperti sebelum anda tidak berhijab. Kali ini jenis pakaian yang anda beli mesti berlandaskan niat sebagai muslimah berhijab. Pakaian lama boleh disuai padankan dengan pakaian yang longgar, labuh, dan tidak singkat supaya menepati keperluan penampilan muslimah. Namun, pastikan tujuan berpakaian itu bukan untuk menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah. Terdapat banyak video pemakaian tudung di Youtube untuk anda dapatkan idea.

4. Biasakan Berhijab Di Tempat Yang Anda Selesa

Mungkin anda berasa malu dan segan  berhijab di depan ramai orang yang mengenali anda. Di saat anda membuat keputusan besar dalam agama, sokongan yang anda perolehi tidak meyakinkan anda.Teruskan berhijab walaupun ada yang menyindir atau bergurau tentang penghijrahan anda. Lama-kelamaan kata-kata orang lain tidak lagi sepenting penghijrahan anda.

5. Sentiasa Ingatkan Diri Tujuan Kita Berhijab

Ramai orang gagal kerana melupakan tujuan asal. Bukan yang tidak berhijab sahaja yang berpotensi untuk kembali tidak berhijab, malah ujian keimanan ini turut mengenai mereka yang berhijab sejak kecil. Iman ada turun naiknya. Anda perlu menjaganya dengan baik sehinggat akhir hayat anda.

Justeru, ingatkan diri tentang tujuan asal kita berhijab. Tambah ilmu, bukan sahaja tentang hijab tetapi hal-hal keagamaan yang lain. Ini bukan untuk menjadikan anda seorang ustazah tapi ia adalah kewajipan bagi seorang muslim untuk menuntut ilmu. Dengan ilmu juga ibadah kita akan menjadi sempurna.

 

Share daripada : http://www.hijabista.com.my/trending/dapat-darjat-yang-tinggi-di-disi-allah-5-tip-bagi-mereka-yang-baru-berhijab-1.640476