Dapatkan Kulit Kaki Selembut Kulit Bayi Dengan 7 Produk Ini! Mudahnya!

Dapatkan Kulit Kaki Selembut Kulit Bayi Dengan 7 Produk Ini! Mudahnya!

Kecantikan

Pasti setiap wanita akan mengalami masalah kulit kaki kering atau tumit merekah. Kulit kaki selembut kulit bayi sudah semestinya menjadi dambaan bagi mereka yang sering mengalami masalah ini. Masalah ini berpunca daripada kurangnya lembapan pada bahagian tumit kaki. Antara cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan menggunakan foot mask atau scrub kaki. Ohfesyen pada kali ini akan kongsikan kepada semua produk-produk yang dikatakan berkesan untuk mengatasi masalah kulit kaki kering dan merekah.

1/7 Baby Foot Exfoliation Foot Peel

Produk dari Jepun ini direka untuk membuang kulit mati dan keras pada kaki. Ianya sangat berkesan, efektif dan mudah digunakan. Hanya pakaikan stokin pada kedua belah kaki. Biarkan selama 30 minit hingga 1 jam kemudian basuh kaki menggunakan sabun. Kulit mati akan terkopek dengan sendirinya selama 2 ke 5 hari. Produk ini boleh didapati di Watsons dan Hermo.

2/7 Tony Moly Super Peeling Liquid Shiny Foot

Selain produk kosmetik, Tony Moly juga ada mengeluarkan foot mask. Ia dikatakan berfungsi untuk membuang sel kulit mati dan meningkatkan kelembapan pada kaki. Ia juga dapat menghilangkan bau pada kaki dan melegakan kerengsangan kulit. Sel kulit mati akan terkopek dengan sendirinya selepas 4 hari penggunaan. Produk ini boleh didapati di store dan website Tony Moly Malaysia.

3/7 Sephora Foot Mask

Sephora juga ada mengeluarkan produk foot mask mereka yang mempunyai dua variasi iaitu Lavender dan Almond. Lavender foot mask dikatakan mampu mengurangkan keletihan dan kesakitan pada kaki dengan kesan menyegarkan dan menenangkan hasil daripada ekstrak lavender dan menthol. Almond foot mask pula dikatakan mampu melembutkan kulit yang kasar hasil daripada ekstrak badam yang terkandung dalam foot mask tersebut. Produk ini boleh didapati di store dan website Sephora Malaysia.

4/7 Etude House Bebe Foot Mask

Etude House Bebe Foot Mask ini membuatkan kaki licin dan bersih dengan menghilangkan keratin dan menghilangkan bau kaki. Pakai foot mask ini selama satu jam ke satu jam 3o minit untuk membiarkan segala nutrisi dapat diserap kulit. Kemudian tanggalkan foot mask dan bilas bersih kaki. Selepas 4 ke 6 hari, kulit mati akan tertanggal dengan sendirinya dan ia mengambil masa 2 minggu untuk kesemua kulit mati tertanggal dan hasilnya kaki yang lebih lembut dan licin. Produk ini boleh didapati di store Etude House.

5/7 Hanaka Callus Removal Foot Mask

Mengandungi asid buah semulajadi yang menembusi lapisan sel kulit mati dan berfungsi untuk mengupas lapisan kulit mati agar kulit kelihatan lebih licin dan sihat. Gunakan Hanaka Callus Removal Foot Mask ini selama 60-90 minit kemudian bilas lebihan losyen pada kaki. Rendamkan kaki pada air suam selama 10 minit untuk kesan yang lebih baik. Kulit mati akan terkopek dengan sendirinya selapas 3 hari dan proses ini mengambil masa selama 3-7 hari untuk mendapatkan kulit yang halus seperti kulit bayi. Produk ini boleh didapati di website Hermo.

6/7 The Body Shop Peppermint Reviving Pumice Foot Scrub

Scrub kaki dari The Body Shop ini mengandungi butiran batu gunung berapi yang akan membantu menghapuskan tompokan kering bahagian kulit yang keras untuk kaki yang lebih lembut, licin, segar dan wangi. Ia juga mengandungi minyak pudina yang akan menenangkan kulit dengan aromanya. Hanya perlu gosokkan scrub dengan gerakan membulat kemudian bilas dengan air suam dan hasilnya kulit yang lebih lembut dan halus. Produk ini boleh didapati di store dan website The Body Shop.

7/7 Freeman Barefoot

Siri penjagaan kaki daripada Freeman ini juga memberikan kesan yang terbaik bagi mendapatkan kulit kaki yang lebih licin, lembut dan sihat. Datang dalam 11 variasi yang berbeza yang boleh dipilih bergantung kepada masalah kaki. Antaranya ialah Healing Overnight Foot Treatment Marula & Cocoa Butter untuk memberi kelembapan mendalam bagi merawat kaki kering, merekah dan keletihan, Exfoliating Foot Scrub Peppermint & Plum untuk menghapuskan calluses dan tumit kasar serta menenangkan kaki keletihan, Nourishing Foot Butter Lime & Coconut untuk memberi kelembapan yang mendalam, Hydrating Foot Lotion Peppermint & Plum untuk melegakan keletihan kaki dan melembutkan kulit kering dan tapak kaki yang kasar, Soothing Foot Cream Lavender & Mint untuk melembutkan kaki serta melembutkan kulit yang kering, Softening Foot Balm peppermint & Plum untuk melembutkan tumit kaki, Softening Foot Balm Lemon & Sage untuk mengembalikan kelembapan pada kulit kering dan merekah serta memastikan kaki sentiasa sihat, Exfoliating Foot Scrub Lemon & Sage untuk menghapuskan calluses dan tumit kasar dan mengekalkan kesegaran kaki, Repairing Cracked Heel Treatment Neem Oil & Shea Butter untuk merawat dan memperbaharui kulit kaki, Nourishing Foot Butter Vanilla & Jasmine untuk melembutkan kulit dan Exfoliating Foot Scrub Lime & Coconut untuk menghapuskan calluses dan kulit kasar dengan cepat. Produk ini boleh didapati di drugstore seluruh Malaysia.

Love, Shahirah Jasman