“Daripada Membeli Beg Berjenama Ribuan Ringgit, I Want To Do A Small Business” – Fateema Couture

“Daripada Membeli Beg Berjenama Ribuan Ringgit, I Want To Do A Small Business” – Fateema Couture

Out & About

Berpengalaman dalam bidang ‘retailing’  selama 18 tahun di bawah majikan, dia akhirnya mengorak langkah kehadapan bergelar usahawan tudung. Walaupun perlu lalui cabaran dan rintangan dunia perniagaan, ia menguatkan lagi semangatnya demi minat yang mendalam.

 

 

Jom Ohfesyen kongsikan perjalanan wanita ini selama bergelar usahawan tudung, visi dan pastinya perancangan masa hadapan syarikat.

Lebih mesra disapa Yasmin, 41 tahun, berpengalaman bekerja dalam bidang retailing selama lebih kurang 18tahun. Syarikat terakhir dia bekerja di Lazada selepas 6 tahun berkhidmat. Yasmin merupakan pekerja pertama yang menyertai Lazada. Selain Lazada, dia juga pernah berkhidmat di beberapa buah syarikat seperti Courts Mammoth, Tesco dan Carrefour.

 

“Daripada membeli beg berjenama ribuan ringgit, I want to do a small business”

 

 

TUJUH TAHUN yang lepas, Yasmin Fami yang juga pengasas jenama Fateema Couture menjana side income secara sambilan sebagai ejen dropship ketika masih bekerja di sebuah syarikat swasta. Produk jualan termasuk barang kanak-kanak, tudung, baju dan lain-lain.

 

 

View this post on Instagram

 

Lepas cuci pakai balik. Kegilaan apekah ini 🤣

A post shared by Fateema Couture (@fateemacouture) on


Segalanya bermula pada 2 tahun yang lalu. Biarpun dia mampu membeli beg tangan ribuan ringgit dengan duit kutu yang diperoleh, Yasmin lebih memilih dan nekad lalu memberitahu keluarganya untuk membuat bisnes secara kecil-kecilan.

 

Pada peringkat awal perniagaan, Yasmin menjual tudung yang dibeli secara borong pada harga yang murah, RM15, RM10 mahupun RM5. Setelah beberapa bulan, dia mengambil keputusan untuk membeli mesin heatpress khas untuk menghasilkan rekaan tudung yang tersendiri.

 

Macam mana boleh terfikir untuk membuka kedai? Ya lah, kos tinggi untuk tanggung segala macam bil. Bagaimana pula pengurusan di kedai?

Oleh sebab permintaan semakin meningkat dan ketiadaan tempat yang sesuai untuk menyimpan stok, Yasmin bercadang membuka kedai dan diuruskan oleh suami tercinta sementara dia masih perlu bekerja di Lazada.

 

“My husband decide untuk berhenti dan tolong i di kedai. I perlu uruskan kerja i dulu sebelum  fully concentrate buat bisnes tudung ini. I hanya akan datang ke kedai selepas waktu kerja. Bahagian marketing pula, I yang akan uruskan. So, baru tahun ini i buat keputusan untuk berhenti kerja dan fokus sepenuhnya pada bisnes”.

 

 

View this post on Instagram

 

Insya Allah, lebih banyak sale closed lepas pakai Tudung Guzel ada Image Marykay ni. #fashion #tudung #marykay #custom #tudungcustommade #hijab

A post shared by Fateema Couture (@fateemacouture) on

 

Bagaimana boleh tercetusnya idea ini? Kenapa tak jual saja tudung seperti di pasaran sekarang, hanya perlu trend. Tak susahkah untuk buat personalized tudung?

 

“Because there is too many kedai tudung outside there. Terlalu ramai orang yang menjual tudung dan semuanya hampir sama. Saya terfikir, kenapa saya perlu pakai tudung yang sama seperti mereka? I need to be different. Sebagai seorang usahawan yang menjual tudung, saya perlu menjual sesuatu yang unik. I need to be stand out from the people who selling tudung right now”

 

Mungkin ramai lagi yang masih tak tahu mengenai personalized tudung dan proses untuk membuat tempahan. Boleh huraikan sedikit?

Pelanggan boleh hiasi sendiri tudung seperti meletakkan nama, perkataan malah gambar pada tudung. Hantar sahaja rekaan mereka kepada kami dan kami akan bantu mereka membuat aturan dan perhiasan. So u akan rasa “kepunyaan” bila lihat nama dan rekaan tersendiri pada helaian tudung. Setiap tempahan juga akan disertakan bersama pouch tudung yang elegan dan serbaguna.

 

 

View this post on Instagram

 

Rasa seronok bila #fateemalovers pandai mix & match design tuk tudung guzel dorang ni. Macam Shawl Satin Pink ngan design butterfly ni kan, sweet potong kaki namanya nih. Eh btw, Mameen akan open agent #dropshipwanted #batch4

A post shared by Fateema Couture (@fateemacouture) on

Perancangan Yasmin untuk melihat Fateema Couture berkembang dan lebih maju pada hari-hari mendatang

 

Mengulas tentang perancangan masa hadapan syarikat, Yasmin bercadang untuk menambah lebih ramai pekerja lantaran bisnes semakin berkembang maju. Fatema Couture juga telah berkembang bukan sahaja di Malaysia malah mempunyai ejen daripada Singapura dan Filipina. Kalau tiada aral melintang, pelbagai kempen akan dijalankan untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan hijabis terutamanya, tentang tidak perlu untuk membeli tudung dengan harga yang mahal, dengan harga yang rendah juga mereka mampu mereka tudung sendiri.

 

 

View this post on Instagram

 

Laalalalalala TUDUNG RAYA YA 🤣

A post shared by Fateema Couture (@fateemacouture) on

 

Sementelah selesai sesi temu bual bersama pengasas Fateema Couture, mungkin ada yang tertanya apa kaitan nama Fateema di sebalik jenama tersebut dengan pengasasnya. Fateema merupakan ibu kepada Yasmin, pengasas jenama tudung ini.

 

 

View this post on Instagram

 

Looks so beautilicious walaupun preggy 7 bulan. Sumenye sebab Tudung Guzel 🤣

A post shared by Fateema Couture (@fateemacouture) on


Kata Yasmin, dia memilih nama ibunya kerana dia merasakan keberkatan dalam berbisnes apabila menjadikan nama ibunya sebagai jenama tudung yang diusahakan. Bagi Yasmin, ibunya seorang yang berdikari dan kuat serta sentiasa cantik walaupun berusia 72 tahun. Sifat lumrah semua ibu yang mengambil berat dan kadangkala tegas dalam membuat keputusan.

 

Pssssst… belum the end lagi la. Fateema Couture baru sahaja menghasilkan “travel mini sejadah” untuk keluaran terbaru mereka. Mini sejadah ini khusus untuk mereka yang gemar melancong kerana ianya mudah dibawa kemana sahaja!

 

 

 

View this post on Instagram

 

Selesai siap 1st batch 50 pcs Mini sejadah. Semoga rezeki kita diberkati di hari Jumaat yang barakah ni. #minisejadah #minisejadahmurah #travel #travelblogger #insurance #travelagency #fateemacouture #sawanguzel

A post shared by Fateema Couture (@fateemacouture) on