Do’s and Dont’s High Quality Inner Magic RM 4.50

Do’s and Dont’s High Quality Inner Magic RM 4.50

OOTD

2

Salam 14 Ramadhan semua.

Alhamdulilllah, sedar tak sedar dah seminggu lebih kita menjalani ibadah puasa. Semoga Allah permudahkan segalanya di bulan penuh barakah ni. Eksided pulak nak meraikan hari kemenangan kita nanti! Baju raya, kuih raya, pelita, bunga api, mercun, rendang ayam, ketupat, lomang paling mantop oi! Haih sabarlah wahai hati.

Dalam sibuk mencari baju & tudung raya, bahagian dalaman juga penting untuk keselesaan kita tau tau tau. Jadi, sengaja la Kak DIva terdetik hati pula nak buat pasal Inner paling selesa abad ini. Mungkin sudah ramai yang tahu pasal inner ni, tapi mungkin juga yang masih mencari the best inner dekat market. Terutamanya yang masih baru berhijab. So i alls nak suggest inner ni untuk hijab beginner terutamanya!

800

Ini adalah rupa inner magic. Mempunyai lebihan atau ‘ekor’ inner yang memudahkan si pemakai untuk melindungi sanggul rambut. Jadi, si pemakai tak perlu risau tentang rambut yang terkeluar. ‘Ekor’ inner itu mampu memberi kekemasan dan menjamin keselesaan si pemakai! Eh jangan pula bandingkan patung ni pakai dengan korang pakai. Patung ni TIADA rambut ye. Hanya ada surat khabar yang dijadikan seperti sanggul SAHAJA

800 7

800 6

800 2

Abaikan si patung tu. Memang seram. Kalau tutup lampu mau berlari tak cukup tanah orang tengok.

So, ini rupa macam mana nak lindung mahkota si pemakai. Senang dan kemas kan? You alls pun takdek lah meroyan tudung tak betul lah, rambut terkeluar la itu la ini la. Perempuan kan, pasal tudung je pun boleh moody sehari suntuk tahu! (ceh, cakap diri sendiri)

Apa istimewanya inner magic nih?

1. Diperbuat daripada high quality cotton. easy to wear and very comfy for daily hijab. 

2. Senang dipakai & sangat selesa

3. Boleh adjust bentuk sama ada bentuk muncung atau lekat pada kepala.

4. Mampu melindungi rambut daripada terkeluar.

5. Terletak elok pada kepala ( tak licin )

6. Hadir dalam pelbagai warna

Antara contoh warna yang ada

800 3 800 4 800 5

 

It’s time for Do’s and Dont’s !

do donts

Sebenarnya i tak faham kenapa patung tu mesti warna hitam? Kalau nak bagi bayangan orang berkulit gelap pun, kenapa tak warna coklat? Kenapa mesti hitam? KENAPA? (emo) Ok abaikan.

So i buat 2 perbandingan warna dan shawl yang berlainan. Plain & printed shawl. 

Plain Shawl – Pilih warna inner yang berlainan dengan warna tudung tetapi warna yang ‘make sense’. Contohnya : Pink + Purple, memberi hasil look yang sweet

Printed Shawl – Printed shawl lebih mudah untuk mix & match bersama inner. Ini kerana printed shawl selalunya terdapat banyak warna pada shawl. Jadi, kamu boleh pilih apa jua warna inner. Tetapi jangan pernah pilih warna inner yang sama dengan warna shawl. 

Di bawah ini pula contoh model sebenar 

800 10

 

Do’s Do’s Do’s Do’s Do’s Do’s Do’s Do’s !

800 9

CANTIKNYA TUDUNG! Ehem, eyes on inner, not tudung. Anyways, you alls boleh dapatkan inner sekali dengan tudung tu semua dekat ..

Tudung2u.com.my

Mana nak dapat inner & berapa harga?

Kebiasaanya inner magic ni berharga RM 10 – RM 15. TAPI Tudung2u sangat luar biasa pasalnya jual inner magic ni dengan harga RM 4.50 SAHAJA! Tak tahulah murah tahap apa dah tu. Mana nak dapat inner magic RM 4.50 ni woi… 

P/S : Tudung2u sedang buat sales sempena Raya 2017. So tunggu apa lagi sistur? Pergilah serbu. Inner RM 4.50 je mek.