Duck Cosmetics Tampil Dengan Koleksi Produk Terbaru Yang Berasaskan Buah Beri. Sounds Yummy!

Duck Cosmetics Tampil Dengan Koleksi Produk Terbaru Yang Berasaskan Buah Beri. Sounds Yummy!

Makeup

Minggu lalu, Duck Cosmetics telah mengeluarkan koleksi bagi produk terbarunya iaitu Berry Kissables Collection. Koleksi pada kali ini telah mengetengahkan tema buah beri sesuai dengan nama Berry Kissables Collection dengan warna pembungkusan produk yang berwarna merah persis buah beri. Rekaan bagi produk kali ini juga sangat menarik dan sungguh segar berbeza dengan produk Duck Cosmetics yang sebelum ini.

Berry Kissables Collection didatangkan dengan dua koleksi iaitu Berry Kissables Lipstick dan Berry Kissables Lipcream. Bagi Berry Kissables Lipstick, ia didatangkan dengan 4 pilihan warna iaitu Strawberry Shortcake, Peach Blast, Cranberry Crush dan Berry Bombshell. Berry Kissables Lipcream juga didatangkan dengan 4 pilihan warna iaitu Peachy Please, Miss Mulberry, Cherry Bomb dan Berry Bang Bang.

Lipstick dalam koleksi kali ini dicipta dengan formula matte velvet yang memberikan bayangan warna yang hebat. Direka khas bagi mereka yang sukakan kemasan matte namun mahu berasa selesa ketika memakai lipstick matte. Lipstick ini juga mengekalkan hidrasi dan kelembapan bibir kerana ia mengandungi Vitamin E.

Tekstur lipcreamnya pula sangat lembut dan berkrim dan mudah untuk diaplikasikan pada bibir walaupun dicipta dengan kemasan matte. Lipcream ini sangat berpigmen dan tidak akan mengeringkan bibir kerana mengandungi minyak argan.

Produk Berry Kissables Collection ini sudah boleh didapati di The Duck Store Pavilion, Suria KLCC dan Haji Lane Singapura. Ia juga boleh didapati di Fashion Valet Pavilion, Bangsar, Publika, IOI City Mall dan website Fashion Valet. Harga bagi lipstick adalah RM50.00 dan RM60.00 bagi lipcream.

Bagi mereka yang berkunjung ke The Duck Store Pavilion KL, kamu berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah oleh Duck Cosmetics iaitu Be Berry Surprise. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan membeli produk Berry Kissables dan berpeluang untuk membuka satu laci untuk mendapatkan hadiah cabutan bertuah. Bagi mereka yang berbelanja RM150 dan keatas serta membeli produk Berry Kissables dalam satu resit berpeluang untuk membuka satu laci dan satu lagi laci kejutan. Promosi cabutan bertuah ini berlangsung sehingga 28 Februari.