Duckscarves & Donutscarves, Sama Tapi Tak Serupa?!

Duckscarves & Donutscarves, Sama Tapi Tak Serupa?!

Artis, OOTD, Out & About

Plagiarisme kini semakin menular dalam industri fesyen tudung. Adakah benar ianya satu plagiarisme atau trend? Sebagai seorang kaki fesyen, memang tak salah bila banyak jenama yang mengeluarkan barang yang lebih kurang sama. Contohnya, H&M dan ZARA. Mereka juga mengeluarkan corak ripped jeans yang seakan sama. Sekarang pula trend tudung Bandaraya Terkenal & tudung bercorak peta dunia. Baru-baru ni, viral pasal jenama tudung yang seakan dUCk Scarves bila mana jenama tersebut mula beroperasi pada December 2015 manakala Duck Scarves mula beroperasi pada May 2014. Ramai juga netizen meluahkan rasa ketidakpuasan hati terhadap jenama tersebut.

Betul ke?

Jom kita tengok perbandingan di antara 2 jenama hebat ni. hiks 

 

Perbandingan 1 

LOGO

COMPARISON 1

 

Perbandingan 2

PACKAGING 

comparison 2

comparison 3.1

Dari segi packaging, kedua-duanya mempunyai packaging yang lebih kurang sama dari segi design. Perbezaan dari segi warna & size and plus donut stated their contact number at the back of the packaging. 

PACKAGING

( BAHAGIAN DALAM )

PACAKAGING

 

Tadaaaa! Inilah rupa bahagian dalam kotak kedua-dua jenama. Duck scarves sertakan thank you card,style card (which is a card of how to style scarf).Berlainan pula dengan Donut Scarves yang tidak beri sebarang gift. Oh ya! Duck Scarves juga ada beri extra benang untuk pelanggan mereka incase charm duck tu tercabut.

Perbandingan 3

FLATLAY

comparison 3

 

Perbandingan 4

TEXTURE 

TEXTURE 4

Ini adalah texture yang korang boleh tengok sendiri. Kedua-duanya daripada material yang sama iaitu chiffon. Tudung hijau daripada Duck Scarves & tudung biru daripada Donut Scarves. Daripada penglihatan Kak Diva, tudung biru materialnya nampak lebih jarang, nipis and texture something like jarak-jarak. Dari segi size tudung, Donut Scarves lebih panjang & lebar sedikit dari Duck Scarves.

APA KELEBIHAN DUCK SCARVES & DONUT SCARVES

Kelebihan Duck Scarves

  1. Original Idea yang power
  2. Servis sepantas kilat
  3. Shawl rasa ringan. Selesa walaupun dah berlilit-lilit
  4. Teliti dari size
  5. Qualiti chiffon yang mantap

Kelebihan Donut Scarves

  1. Harga berpatutan
  2. Proses pembayaran di website yang mudah

APA KEKURANGAN DUCK SCARVES & DONUT SCARVES

Kekurangan Duck Scarves

  1. Harga kurang berpatutan. Orang banyak duit je boleh beli
  2. Cepat sold out. Ni mesti kes agent je banyak perabih

Kekurangan Donut Scarves

  1. Tiada originaliti
  2. Slow service
  3. Customer servis yang sangat slow dari segi email reply
  4. Product line di website yang bercelaru
  5. Ada banyak benang-benang halus berlainan warna pada tudung (once open the box)
  6. Setiap bucu Donutscarves bergulung ke dalam.

BOTH SCARVES

  1. Mudah dibentuk
  2. Tak mudah renyuk
  3. Tak lari / tudung licin gelungsur

HARGA?

Perbandingan dari segi harga pula, ternyata Donut Scarves menawarkan harga yang jauh lebih murah berbanding Duck Scarves. Macam shawl chiffon ni, Duck Scarves RM 130 free postage, manakala Donut Scarves RM 65, postage RM 10 via citylink

Well, setiap orang diberi hak untuk memilih jenama apa yang mereka suka. Jadi lah pembeli yang bijak. Selamat bershopping & goodluck dalam pembaziran duit! (hiks)

Jap! Sebelum tu, Duckscarves sekarang dah ada website mereka sendiri. Jadi sesiapa yang nak usha-usha website dorang atau website Donutscarves tu, boleh click link kat bawah ni ya.. Ya ya ya, i sediakan semua untuk y’alls. 

dUCkscarves

The New Cool

donUT Scarves