Dulu Part Time Cleaner, Kini Berjaya Mewujudkan Jenama Sendiri Dengan Jualan Cecah 96K! Ikuti Kisah 2 Gadis Ini.

Dulu Part Time Cleaner, Kini Berjaya Mewujudkan Jenama Sendiri Dengan Jualan Cecah 96K! Ikuti Kisah 2 Gadis Ini.

Out & About

800

PERNAH DIUSIR KELUAR DARI RUMAH SEWA

Walaupun pernah ditimpa musibah ketika menceburi bidang forex dan pelaburan, namun sikap tidak berputus asa dua gadis ini, mereka bangkit dari kekalahan. Keinginan dan semangat yang besar untuk menjadi ahli perniagaan yang berjaya membuatkan mereka terus melangkah ke hadapan. Meskipun tiada ilmu dalam bidang perniagaan, namun ironinya Guzellista kini ditunjangi dua rakan baik, Lina dan Ain. Menyentuh soal kewangan, Lina pernah bekerja sebagai cleaner dan Ain pula bekerja di kedai runcit demi mengumpul modal untuk memulakan bisnes mereka. Pelbagai cabaran dan rintangan termasuk pernah diusir keluar dari rumah sewa kerana masalah kewangan yang dihadapi.

DARI JURURAWAT KE AHLI PERNIAGAAN…

 Latar belakang kejururawatan tidak menghalang dua gadis yang berasal dari Terengganu dan Kuantan ini untuk mencuba nasib dalam bidang perniagaan. Malah, Lina, 27, masih bekerja di Institut Kanser Negara. Mereka mengambil masa selama 6 bulan untuk membuat research dan belajar dengan lebih mendalam tentang bisnes yang mereka ingin ceburi. Lambakan jenama tudung di pasaran menjadi pesaing buat Guzellista yang baru sahaja menapak dalam industri fesyen muslimah ini. Akan tetapi, keunikan produk mereka mampu menarik minat pelanggan di luar sana. 

BENANG TUDUNG TAK AKAN TERTARIK,

SEHELAI TUDUNG ADA 4 CORAK BERLAINAN

Guzellista bermaksud fesyen yang cantik. “Guzel” merupakan bahasa Turkey yang bermaksud cantik. Lina dan Ain menitikberatkan kualiti produk mereka sehingga sanggup memperuntukkan wang demi fabrik yang berkualiti tinggi. Sebagai contoh, material satin yang mereka pilih boleh dicuci dalam mesin basuh, benang juga tidak akan tertarik walaupun si pemakai memakai kerongsang. Lebih istimewanya, sehelai tudung mempunyai 4 corak berlainan!

800 1

800 2

800 3

800 4

ADA SAJA YANG CUBA UNTUK MEMECAHBELAHKAN HUBUNGAN BAIK ANTARA RAKAN KONGSI

Justeru, kepercayaan antara rakan kongsi itu adalah penting. Baik Lina mahupun Ain, kedua-dua mereka memiliki satu karakter yang sama iaitu berani. Ramai antara mereka diluar sana yang ingin mencipta jenama sendiri tetapi mereka bermula dengan menjadi stockist, agent atau dropship terlebih dahulu sebagai langkah awal untuk menceburi bidang perniagaan. Namun tidak bagi Lina dan Ain. Mereka mengambil langkah drastik untuk terus menerajui empayar Guzellista.

WhatsApp Image 2018-09-04 at 8

PEKERJA ASET PENTING, PELANGGAN KEPUASAN SYARIKAT

Bagi Lina dan Ain, pekerja merupakan aset penting syarikat. Percaya bahawa setiap pekerja itu mempunyai kelebihan dan keunikan tersendiri. Komunikasi juga penting bagi melancarkan dan mengukuhkan sesebuah organisasi. Proses menghasilkan sesuatu rekaan mengambil masa yang agak lama demi menjaga kualiti dan kepuasan hati pelanggan.

WhatsApp Image 2018-09-04 at 8

ONE STEP CLOSER…

Seiring dengan keunikan produk hijab, Guzellista bakal menambah baik produk mereka dari segi pembukusan. Dua usahawan yang optimis ini juga bakal menghasilkan produk lelaki pada masa akan datang. Semua perancangan ini semestinya demi melihat Guzellista berkembang maju dan mewarnai pasaran fesyen muslimah di dalam mahupun di luar negara.