Dulu Pegawai Bank, Kini Pembuat Kek. Banker2baker Tampil Kelainan Dengan The Cake Walk 2019.

Dulu Pegawai Bank, Kini Pembuat Kek. Banker2baker Tampil Kelainan Dengan The Cake Walk 2019.

Wedding

 Aint catwalk nor fashion show. But it is The Cake Walk!

Buat julung kalinya, kek dipersembahkan di pentas pertunjukan.

 

 

Dengan rendah hati, OHFESYEN menerima jemputan dari pembuat kek terkenal, Banker2baker. Majlis pertunjukan kek itu diadakan pada 17 April 2019 lalu bertempat di GlamHall Mercu Mustapha KamalPertunjukan kek di pentas merupakan yang pertama di Malaysia malah mungkin yang pertama di dunia.

 

Dalam pertunjukan The Cake Walk, Banker2baker mempersembahkan 30 biji kek pelbagai jenis rekaan dan perhiasan. Kek perasmian pula diinspirasi daripada busana rekaan yang ditaja oleh pereka terkenal, Fiziwoo, dan dirasmikan oleh chef terkemuka, Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan).

Tahniah kami ucapkan!

 

 

Sekitar majlis The Cake Walk

psstt….semua ni sedap yakmat ya..ikutkan hati nak angkut dulang sekali 

 

 

The Man Who Started It All

 

Banker2baker sebenarnya merupakan perniagaan bersaudara yang telah ditubuhkan pada tahun 2015 oleh Zulkiflee Mawan. Beliau yang dahulunya seorang pegawai bank, kini berkecimpung dalam dunia yang jauh berbeza iaitu kek dan pemanis mulut.

 

Julie Haslina Hassan, anak buah kepada pengasas, Zulkiflee Mawan, nekad meninggalkan dunia perbankan demi menyertai bapa saudaranya itu sebagai pereka kek. Julie sering mencari inspirasi daripada pelanggan dengan mendengar cerita cinta mereka dan menterjemahkan kepada kanvas putih iaitu kek perkahwinan.

 

 

Pada 2008, mereka menceburi bidang penghasilan kek cawan secara sambilan. Demi keinginan dan minat yang mendalam, mereka mula fokus sepenuhnya pada 2015. Memulakan kerjaya sebagai pembuat kek dengan mempelajari tentang ilmu penghasilan kek dan juga ‘sugar flower’ di serata negara termasuk Malaysia, Tokyo, Singapura dan Perancis.

 

Menerima latihan di beberapa pusat kulinari di dalam dan luar negara seperti pusat kulinari Le Cordon Bleu dan Le Notre di Perancis. Tidak lupa juga International Centre of Cake Artistry (ICCA) di Kuala Lumpur. Banker2baker pernah menerima tempahan untuk majlis berprestij daripada selebriti terkenal dan ahli politik terkemuka di Malaysia. Antaranya, Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk hari kelahirannya yang ke-93, Amar Baharin dan Amyra Rosli untuk resepsi perkahwinan, Siti Saleha untuk majlis bertunang dan resepsi dan juga majlis resepsi Puteri Julia anak kepada Dato’ Ziela Jalil.

Whatever your dream, we aim to please.

Instagram — @banker2baker

Cafe — Jalan Wangsa Delima 6, Kuala Lumpur @ Waze banker2baker

Love, Wawa Adam ♥