Etude House Kolaborasi Bersama Disney Daisy Duck Untuk Koleksi Terbaru 2019. Argh Comelnya!

Etude House Kolaborasi Bersama Disney Daisy Duck Untuk Koleksi Terbaru 2019. Argh Comelnya!

Makeup

Attention, they calling for Donald Duck’s girlfriend…

ETUDE HOUSE jenama kosmetik Korea yang tidak asing lagi di Malaysia, bakal melancarkan koleksi terbaru kolaborasi bersama Disney Daisy Duck pada 27 September ini. Tak sabarnya! 

Semua koleksi tampil dengan rekaan ekslusif Daisy Duck dimana dapat mengimbau kembali momen indah zaman kanak-kanak. Rona warna pula hadir dalam warna-warna utama Daisy Duck iaitu violet dan coral dan diolah semula mengikut trend terkini.

Koleksi bling bling yang berkilauan pula diinspirasikan oleh item kegemaran Daisy Duck iaitu mutiara. Seorang jurusolek Korea yang terkenal, Pony menjadi model koleksi ini sekali gus mencipta solekan manis sambil menggayakan aksesori rambut riben untuk mewujudkan watak Daisy.

Let’s check it out the Daisy Duck Babies!

Sparkling Liquid Eyes (RM 48) 

Hadir dalam 8 warna, gabungan sempurna mutiara dan glitter ini memberikan efek berkilauan yang berpanjangan kerana ianya akan melekat terus dikulit. Tahap kelembapan asas yang tinggi memberikan efek lembap dalam setiap calitan tanpa meninggalkan kesan berkelupas.

 

Play Color Eyes Mini (RM 80) 

Hadir dalam 6 variasi warna yang terdiri daripada warna-warna coral Daisy Duck yang menarik dan warna-warna violet yang mengasyikkan. Sesuai untuk mencipta dolly makeup look!

 

Color in Liquid Lips Melting Mousse (RM 50) 

Packaging yang menarik dengan rekaan riben tiga dimensi ini cukup menarik minat pembeli untuk mengumpul kesemua koleksi ini. Teksturnya selembut kek mousse yang cair di dalam mulut dengan calitan di bibir yang sempurna. Lembap dan ringan serta tak akan membuatkan bibirmu kering walaupun ianya matte finishing.

 

Soft Cookie Blusher (RM 52)

Terdiri daripada 5 warna yang semestinya bakal menjadi rebutan para wanita di luar sana. Ditambah pula dengan kualiti teksturnya yang mudah untuk diratakan dengan lembut di pipi gebumu itu seperti Daisy Duck! Definitely will be one of my favorite.

 

Zero Sebum Drying  Powder (RM 40) 

Zero sebum drying powder ini sesuai untuk mereka kulit berminyak lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di Malaysia. Mengandungi 85% bahan mineral yang membuatkan kulit kelihatan lebih halus, jelas dan matte. Cara penggunaan bedak ini adalah dengan menggunakan span.

 

Shimmer Loose Powder (RM 46) 

Can you see that 3D bow of silk? Isn’t it cute? Berbeza dengan no-sebum powder tadi, shimmer loose powder ini berfungsi untuk membuatkan kulit wajah kamu kelihatan lembut, berseri dan berkilau! Cara penggunaan pula dengan menggunakan berus. Hanya dap tipis.

 

Lash Perm Curl Fix Mascara (RM 52.50) 

Kamu tak perlukan bulu mata palsu! Hanya dengan menggunakan maskara Lash Perm Curl Fix ini sudah cukup membuatkan bulu mata kamu tebal, lentik tanpa gumpalan. Lebih menarik, ianya mampu bertahan sehingga 24 jam lamanya. Berus aplikator yang berbentuk C memudahkan cara penggunaan tanpa kesan yang comot.

 

All Day Fix Pen Liner (RM 63.50) 

Hadir dengan 2 warna yang boleh dipilih mengikut keperluan kamu. Warna hitam untuk membuat eye look yang tajam dan galak. Warna coklat pula untuk membuat eye look yang lebih natural dan mata yang tak terlalu menonjol. Sangat mudah untuk dipakai kerana ianya kalis air dan peluh. Dengan daya tahan yang lama sepanjang hari, eyeliner kamu tetap on point!

 

Play 101 Stick Contour Duo (RM 65.50) 

Duo kontur berkrim yang mencipta dimensi wajah yang asli. Lengkap dengan highlighter dan contour, packagingnya pula mudah untuk dibawa kemana sahaja. Selit dalam poket jeans pun boleh!

 

Face Blur SPF33 PA++ (RM 75)

Asas solekan yang pelbagai ini mengandungi SPF 33 yang melindungi kulit dari sinaran UltraViolet, mencerahkan tona kulit dan juga mengurangkan kebolehlihatan kedutan. Teksturnya yang lembut dan ringan mampu menutup pori-pori dan tona kulit yang tidak sekata.  

 

Face Blur Dewy(RM 75)

Asas solekan ini membuatkan kulit wajah kelihatan lembut dan terang seperti gambar dengan efek filter! Mengandungi rose water dan hialuronik asid untuk mengekalkan kelembapan solekanmu.

 

 

 

ALAT SOLEK 

HAPPY SHOPPING!