Bagi anda yang baru bertudung ataupun yang melakukan penghijarahan dari busana singkat dan senteng kepada yang lebih labuh dan modest, pasti banyak busana yang kurang sesuai lagi digayakan sehari-hari.

Jangan buang mereka! Beberapa adjustment mudah boleh menjadikan mereka hijab friendly dan boleh digayakan dengan busana labuh dan modest anda yang baru. Mari Hijabista berikan beberapa tip penting dalam fixing item-item ini.

1. Jika lengan baju anda 3/4, ‘lapik’ dengan kardigan atau inner lengan

 


Kardigan atau inner lengan adalah item yang esensi bagi seorang hijabi. Ia membolehkan anda menggayakan kemeja berlengan pendek, blaus tanpa lengan atau dress yang bertali nipis. Pastikaninner lengan atau kardigan yang anda pilih tidak terlalu ketat dan jarang ya!

2. Jika busana sedikit ketat, padankan dengan abaya terbuka atau jaket labuh

 


Sedikit sukar untuk mencari kardigan labuh yang cukup longgar dan bukan dari fabrik lycra. Jadi, sebaiknya invest wang anda untuk membeli sehelai abaya terbuka ataupun jaket yang labuh. Pilih warna yang basic seperti hitam atau beige bagi memudahkan pemadanan.

3. Jika hijab anda agak singkat, ikat sehelai scarf pada leher anda

 


Anda penggemar bawal tetapi jika ikat ke belakang, dada anda akan terdedah. Selesaikan masalah ini dengan meletakkan satu lagi scarf/shawl bagi menutup bahagian dada.

Ia bukan sahaja boleh memberikan anda chest covering yang diperlukan malah boleh menjadi satu aksesori stail jika digayakan dengan betul.

4. Dres sedikit sendat di bahagian pinggul, elakkan memakai legging

 


Memakai legging dalam dres labuh amat selesa dan ‘selamat’ tetapi jika dres anda sedikit sendat di bahagian pinggul cuba tukar legging kepada seluar yang longgar dan selesa.

Kain dalam berbentuk seluar boleh memberi anda perlindungan dan juga mengelak figure-huggingyang diberikan oleh legging. Celana harem pun sesuai bagi mengelak munculnya bonjolan yang tidak diingini.

Jangan jadikan perkara kecil sebegini sebagai alasan untuk tidak menutup aurat sebaiknya. Banyak pilihan dan cara untuk menutup aurat dengan lebih baik. Selamat beramal! – hb

Share dari http://www.hijabista.com.my/trending/fashion-fixes-baiki-busana-non-hijab-friendly-kepada-hijab-friendly-1.569443