Gaya Fesyen Blackpink di Coachella 2019 Unik dan Mengancam!

Gaya Fesyen Blackpink di Coachella 2019 Unik dan Mengancam!

Artis, OOTD

Blackpink mencatat sejarah sebagai kumpulan K-Pop yang pertama muncul di festival muzik terbesar, Coachella. Debut pertama kali di Coachella, fesyen kumpulan Blackpink yang terdiri daripada Jisoo, Rose, Jennie dan Lisa, telah manarik perhatian ramai di Coachella.

 

Gaya fesyen kumpulan Blackpink berbeza-beza itu yang membuatkan mereka kelihatan unik dan mengancam! Jennie memakai bodycon yang ditutupi dengan fabrik brocade putih dan menggayakan dengan kasut but putih.

 

Lisa menggayakan top dan mini skirt sepadan yang dihiasi dengan perincian manik putih yang berkilauan dan gaya rambutnya sedikit berbeza didandan ponytail, memberi imej elegan dan segar. 

 

Begitu juga dengan Rose yang mengenakan lace bralette mini dress rona hitam dan biru, juga melengkapkannya dengan tali pinggang hitam yang besar. Manakala, Jisoo menggayakan crop top dan miniskirt hitam dihiasi dengan manik keemasan dan putih.

 

 

Blackpink menyanyikan kesemua lagu termasuklah dari album baru “Kill This Love”. Ternyata Blackpink sama sekali tidak mengecewakan, malah kesemua penonton terhibur dengan persembahan mereka yang penuh bertenaga. Selepas muncul di Coachella, Blackpink akan memulakan tour mereka di Amerika Syarikat. Can’t wait!

 

Love, Nabila Hisham